Siti Nurhaliza Mengalahkan Bruno Mars & Celine Dion?

Siti Nurhaliza Top 100 most

Hangat di Twitter selepas Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara tersenarai dalam 100 Most Awarded Musician Of All-Time. Dalam senarai itu, terdapat ramai barisan penyanyi-penyanyi hebat antarabangsa antaranya Michael Jackson, Taylor Swift, Justin Bieber, Lady Gaga, Elvis Presley, Adele, Bruno Mars, Alicia Keys dan ramai lagi.




100 most awarded muscian

Siti Nurhaliza mendapat tempat ke 27 mengatasi Usher, Katy Perry, Celine Dion dan Selena Gomez dengan jumlah 329 awards. Tempat teratas dalam senarai adalah Michael Jackson (1003 Awards), tempat kedua, Beyonce (896 Awards) dan disusuli oleh Taylor Swift (867 Awards).

 

Di Malaysia, Siti Nurhaliza adalah artis yang paling mendapat banyak anugerah sehingga rekod beliau ini dimasukkan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 sehinggalah sekarang.




Kita sebagai rakyat Malaysia, patut berbangga kerana mempunyai penyanyi yang berkualiti antarabangsa. Semoga ia dapat dijadikan sebagai suntikan semangat untuk generasi sekarang dan akan datang untuk terus berkarya.




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *