Nak mesej bagi lagu kepada artis, tapi tak tahu nak tulis ayat macam mana…




tips nak mesej artis

Ada pernah terfikir nak mesej artis dan tawarkan mereka lagu anda? Mungkin ya, mungkin tidak. Selain dari rakam untuk nyanyi sendiri, anda mesti nak bagi lagu tu kepada artis, betul tak? (atau paling tidak pun beri kepada siapa-siapa yang berbakat)

Tapi tu lahh.. Nak mesej (whatsapp/direct message di Instagram/Facebook) tu yang tak tahu.

Banyak perkara bermain dalam kepala. Takut mesej yang kita tulis tu ayat tak betul ke, takut artis tu tak balas, takut artis tu tak baca. Macam-macam perasaan ada.

Sebenarnya, bab artis tu nak balas ke tidak, baca ke tidak, tak perlu fikir sangat. Sebab tu di luar kawalan kita. Kita fokus apa yang kita boleh kawal sahaja. Jadi apa nak buat? Mesej sahajalah..

Cumanya, cara nak mesej tu yang menentukan samada artis tu nak baca atau tak. Kami kongsikan beberapa tips cara nak mesej artis.

 

Tips 1 : Tetapkan minset

 

Mindset atau cara fikir perlu betul. Apabila anda nak membuat sesuatu tawaran (lagu anda) kepada Strangers (Seseorang yang menerima tawaran : Artis / Penyanyi / Syarikat rakaman ) , anda kena hadap penolakan. Peratusan tawaran anda ditolak adalah tinggi.

Anda nak tawarkan lagu anda pada artis, bermaksud mereka tidak memerlukan anda. Mereka banyak pilihan. Jadi, persaingan anda tinggi dan peratusan ditolak juga tinggi.

 

Tips 2 : Perkenalkan diri dan beri salam

beri salam




Penting dan sangat perlu. Perkataan pertama yang anda tulis adalah memberi salam kemudian memperkenalkan diri dan siapa anda.

 

Tips 3 : Nyatakan tujuan.

Anda hantar mesej atas tujuan apa? Nak jual lagu? Nak beli lagu? Nak minta syarikat rakaman publish lagu anda? Nak minta pendapat tetang lagu anda?




Tips 4 : Tulis ayat yang ringkas dan mudah faham.

Gunakan perkataan yang betu dan ayat yang betul. Jangan beri ayat terngantung. Ejaan juga mesti betul. (maksudnya jangan tulis ayat budak-budak WeChat). Cara ejaan dan penggunaan ayat menentukan mesej anda dibalas atau tidak.

Tips 5 : Akhiri dengan Terima kasih!

Jangan lupa untuk tulis Terima kasih tanda penghargaan sebab sudi baca / balas mesej anda. Ingat.. Mesej yang anda hantar tu, mereka tak kenal anda tetapi mereka sanggup luangkan masa untuk balas mesej anda.

 

Selepas anda dah hantar mesej? Apa nak nak buat selepas tu?

Sabar dan bertenang. Anda boleh untuk “follow-up” orang yang anda mesej. Tetapi, jangan terlalu kerap. Berikan sedikit masa dalam 3-5 hari, kemudian anda boleh “follow-up” semula.

 

Kalau mereka tak balas jugak?

 

Chill je. Bukan ada seorang sahaja artis dekat Malaysia ni. Ada ramai. Anda boleh hantar juga kepada artis lain 😊

Selamat ber”mesej” 😊

arrow

DAPATKAN EBOOK PANDUAN CARA NAK PROMOSI LAGU DAN DAPAT ROYALTI – KLIK SINI

Lagu banyak dah cipta, tapi masih belum ada 1 pun yang rakam di studio? Klik Sini. Mari kami bantu anda untuk siapkan lagu + Ebook Panduan cara promosi lagu anda secara percuma! 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *