Nak Rakam Lagu, Tapi Tak Tahu Jenis Stail Muzik Yang Sesuai..




“… Ni lagu kisah putus cinta bang.. muzik yang sesuai balada la kan…?”

 

Haa… lagu putus cinta. Memang sinonim la kan dengan muzik stail balada. Tapi adakah semestinya balada? Kalau nak buat stail muzik rock boleh? Sesuai ke tak?

 

Sebenarnya, tak kisah pun nak rentak stail apa, jenis muzik apa sekali pun. Ikut kitalah.. kita yang nak berkarya. Kan? Muzik ni sifatnya experimentasi. Jadi, anda bebas untuk pilih jenis stail muzik yang macam mana sesuai untuk lagu anda.

 

Cumanya, dalam setiap hala tuju lagu yang kita nak tentukan, mestilah ada asas dan sebab yang sesuai.

 

“… walaupun lagu ni putus cinta, tapi saya nak buat rentak stail rock, sebab stail rock ni rentaknya energetik. Walaupun lagunya putus cinta, tapi bila dengar kita rasa feel nak move on, kita rasa lega, rasa rilis perasaan sedih tu..dan nak lupakan moment sedih dalam percintaan. Sebab itu saya pilih muzik rock..”

 

Apa sebab dan hala tuju lagu anda, tiada masalah selagi mana sesuai dan tak canggung bila mendengarnya.

 

Jadi, macam mana cara kita nak pilih muzik yang sesuai dengan lagu kita? Kadang-kadang rasa “stuck” juga nak pilih jenis muzik yang macam mana yang sesuai. Jenis muzik ni tersangat lah banyak. Susah nak pilih yang sesuai dengan lagu kita.




Anda boleh cuba salah satu dari 4 cara dibawah ini :

 

1. Ikut trend

ikut trend

Ya! Ikut trend. Apa jenis muzik dan rentak yang pendengar suka sekarang? Rock Kapak? Modern pop? EDM? Dance music?

Setiap zaman akan anda 1 jenis muzik yang tengah top dalam pasaran. Contohnya semasa tahun 80an – 90an, Waktu itu semua orang dengar lagu rock. Kemudian masuk lewat 90an, kemunculan lagu-lagu Nasyid. Sekarang tahun 2022, jenis muzik apa yang sedang trend?

 

2. Selesa dengan jiwa

selesa dengan jiwa

Pilih jenis muzik yang selesa dengan jiwa anda. Apa yang anda suka. Anda suka rentak muzik Hip Hop? Buat muzik Hip Hop. Anda suka muzik Blues? Buat muzik Blues. Anda bebas untuk pilih dan bereksperimen. Apa sahaja muzik yang kena dengan jiwa anda, teruskan!




3. Ikut penyanyi

ikut penyanyi

Jika anda nak buat lagu dan memang nak berikan kepada penyanyi A (contohnya), anda boleh ikut kepada kesesuaian jenis suara si penyanyi. Kalau Penyanyi A suaranya sesuai lagu rock, buatlah muzik rock.

Kalau nak guna cara ini, seeloknya, tetapkan dahulu siapa penyanyi yang anda ingin, kemudian cipta lagu yang sesuai dengan penyanyi tersebut.

 

4. Tanya Music Producer

tanya music producer

Anda tak tahu juga nak pilih muzik apa yang sesuai? Tanya je Music Producer. Mereka boleh bantu untuk guide dan consult apa yang sesuai dengan lagu anda. Lebih mudahkan? 😀




arrow

NAK KAMI BANTU GUIDE & CONSULT LAGU ANDA? 

KLIK SINI !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *