Tahniah kepada anda yang dah rakam lagu! π
Tapi ramai juga yang bertanyakan kepada kami apa nak buat selepas tu.
“..Boleh ke kalau nak muat naik lagu di channel YouTube sendiri..?”
“…Macam mana kalau nak muat naik lagu kita tu ke Spotify atau iTunes…?”
“…Lagu yang dah siap ni, apa next step? nak kena buat apa..?”
Sebelum rakam lagu memang niat nak buat dengar sendiri-sendiri je. Tapi bila lagu dah siap rakam rasa rugi pula kalau simpan sahaja kan? Penat-penat cipta lagu dan datang ke studio rakam suara takkan tak nak rilis kan?
Zaman sekarang ni memang senang sangat rilis lagu. Boleh buat sendiri atau pun upah syarikat yang boleh uruskan rilisan lagu kita ke platform digital seperti YouTube, iTunes, Spotify, Joox, TikTok dan sebagainya.
Tak macam dulu, kalau nak rakam lagu mesti kena melalui syarikat rakaman/Label. Kena jadi artis baru boleh rakam lagu. Sekarang? Siapa sahaja pun boleh. Asalkan minat dan berani untuk cuba π
Selepas lagu dah siap dirakam, anda mula untuk rilis ke platform digital. Bagusnya platform digital ini, ia memudahkan pendengar untuk akses lagu-lagu anda.
Cuba bayangkan kalau dahulu pendengar atau peminat nak dengar lagu anda kena beli CD atau kaset. Nak cari fizikal material (CD atau kaset) kena pergi kedai muzik. Tapi sekarang dah tak perlu. Cari je dalam fon. Dah jumpa! Buka sahaja aplikasi Youtube atau Spotify , pendengar boleh jumpa dan nikmati lagu-lagu yang anda hasilkan.
Untuk rilisan di digital platform, anda hanya perlu sediakan 3 benda ni :
#1 Lagu
Mestilah kena ada lagu. Ni benda yang paling penting sekali anda perlu ada. Kalau belum ada, klik sini : https://longangarage.com/rakaman-lagu/
Lagu anda yang dah siap tu, mestilah format WAV 44.1kHz 16 bit. Tak perlu risau. Mana-mana studio yang anda rakam, memang akan diberikan format ini. Minta sahaja pada mereka.
Apa beza dengan Mp3? Mp3 ni kualiti dan size MB lebih kecil dari WAV. Mp3 ni sesuai untuk simpanan dalam fon atau untuk preview sahaja. Tak sesuai untuk rilisan digital.
#2 Artwork
Artwork ini adalah gambar berukuran 3000px dan format yang diperlukan adalah JPG. Artwork ni penting. Sebab Artwork ini lah gambar yang kita nak letak di digital platform anda.
Carilah gambar yang sesuai yang menggambarkan anda atau lagu anda. Selalunya gambar paling sesuai adalah gambar anda sendiri. Biar orang kenal siapa penyanyi nya.
Tiada gambar? Haa⦠pergi photoshoot! Punyalah banyak studio foto. Murah-murah belaka. Ada yang RM100/jam pun ada. Bila ambil gambar di studio, cantiklah sikit. Kan? Yang ambil gambar anda tu pula jurufoto professional. Baru style!
Nak tempat untuk photoshoot? kami kongsikan tempat yang murah, best dan kualiti.
https://www.instagram.com/photoclique.photographer/ (Kajang, Selangor)
#3 Video
Untuk video, terpulang nak lirik video atau muzik video (MV). Apa beza dua ni?
Lirik video hanya ada gambar penyanyi kemudian setiap ayat lirik itu akan keluar satu-satu. Ni salah satu contoh nya :
https://www.youtube.com/watch?v=dXa4UobUZYQ
Muzik video pula lebih kompleks. Penceritaan lagu anda itu diterjemahkan dalam bentuk visual. Yang ini umum semua orang tahu.
Dari segi kos, lirik video lebih kos efektif sebab lebih jimat. Nak buat lirik video dulu ke Muzik video?
Mana-mana pun boleh. Untuk lebih praktikal dan tak melabur lebih banyak, kami sarankan untuk buat lirik video dahulu. Kalau view atau penerimaan lagu anda makin diterima pendengar, anda boleh buat muzik video.
Dah ada lagu, artwork dan video. Nak step?
Anda boleh hubungi terus syarikat yang tawarkan servis untuk digital distribution. kami listkan beberapa website yang anda boleh layari :
Atauβ¦..
Anda boleh terus berhubung dengan salah satu Rakan Strategik kami, Fusion Record MY. Mereka boleh uruskan untuk digital distribution lagu anda. Atau anda boleh klik link ini untuk sebarang pertanyaan : https://www.frmy.my/contact/
Oh ya.. untuk proses rilisan lagu ini, ambil masa juga. Bukan hari ini submit borang lusa dah boleh dengar lagu anda di Spotify. Biasanya ambil masa dalam 1-3 minggu. Jadi, anda boleh rancang sebaik-baiknya untuk anda tentukan bila sesuai lagu anda dirilis.
Belajar sesuatu? π