Nak cipta lagu, tapi tak pandai main alat muzik. Bagaimana caranya?




Ramai sebenarnya yang minat nak cipta lagu sendiri tapi tak tahu main alat muzik. Anda ada pilihan samada untuk belajar dahulu main alat muzik seperti gitar atau piano, itu lebih baik.

Tapi,.. ambil masa la pula kan. Nak kena belajar main gitar/piano dahulu untuk tahu. Itu sahaja dah ambil masa berbulan-bulan. 🙂

Boleh ke kalau tak pandai main apa-apa alat muzik, tapi nak juga cuba cipta lagu? Agak-agak menjadi tak lagunya nanti?

 

Baik. Jom kalau nak tahu, teruskan bacaan..

 

Nak cipta lagu, sekadar pengalaman kami ada pelbagai cara. Ada yang mulakan dengan mencipta chord progression dahulu kemudian baru buat melodinya. Ada yang cipta melodi dahulu tanpa ada apa-apa chord. Mana-mana cara pun boleh digunapakai. Terpulang kepada si pencipta melodi, mana yang selesa.

Kami sendiri pun, tak tetap cara nak cipta lagu. Kami suka setiap kali nak cipta lagu, kami guna cara yang berbeza. Sekejap cara A dahulu, kemudian selepas tu cara B pula. Tak tetap. Itu yang buatkan seni ini menyeronokkan. 😊

Walaupun begitu, untuk perkongsian kali ini, kami cuba kongsikan salah satu cara untuk anda yang nak cipta lagu tanpa perlu tahu main alat muzik.

#1 Tulis lirik.

tulis lirik

Tetapkan tema, penceritaan, konflik, isu, apa sahaja kisah yang anda ingin sampaikan kepada pendengar. Tak semestinya kisah cinta sahaja. Boleh jadi kisah tentang alam sekitar, peperangan, politik, persahabatan, kasih sayang seorang Ayah kepada anak, atau apa sahaja yang anda nak kongsikan.

Selagi mana lirik itu memberikan nilai-nilai positif, dan dapat memberikan manfaat kepada pendengar, silakan.

 

#2 Tetapkan tempo

tetapkan tempo

Tempo adalah penetapan kadar kelajuan sesebuah lagu. Tempo ini disukat dalam unit BPM (Beat per second).
Sekiranya kita nak lagu kita dalam tempo yang lebih laju, kita akan naikkan nilai bpm, dan seballiknya.

Bagi mereka yang belum tahu main sebarang alat muzik, ada kemungkinan anda mempunyai masalah menetapkan bilangan patah perkataan dalam sesebuah ayat atau melodi.

Kadang-kadang ada ayat yang terlalu Panjang atau terlalu pendek. Untuk atasinya, kita menggunakan Aplikasi Metronome. Anda boleh muat turun di Appstore anda.

metronome




Apabila kita tetapkan tempo, sedikit sebanyak dapat membantu Music Arranger untuk kenalpasti berapa bar dalam sesebuah melodi itu.

 

#3 Humming

Humming bermaksud menyanyi/mengeluarkan bunyi melodi sambil bibir tertutup dan tanpa mengeluarkan ucapan atau patah perkataan yang jelas.

Sekiranya anda belum ada lirik, boleh gunakan cara Humming. Tapi, kalau sudah ada lirik, anda boleh cuba lagukan lirik anda itu.

 

#4 Rakam

Pastikan anda rakam setiap kali anda humming/melagukan melodi anda supaya anda tidak terlupa. Kadangkala, melodi yang bagus ni selalunya cepat lupa. Jadi, baik rakam! 😊

 

Dibawah ini adalah contoh audio RAW dan juga selepas SIAP MUSIC. Audio RAW merujuk kepada rakaman audio asal melodi yang telah dilagukan lirik. Audio SELEPAS SIAP MUSIC adalah audio yang telah disusun muzik dan rakaman.

Contoh audio adalah lagu ciptaan Sepet.

#5 Pilih melodi

Semasa proses rakaman idea melodi anda itu, mesti akan ada banyak melodi yang terhasil. Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih mana yang sesuai. Dalam sesebuah stuktur lagu, lagu kebanyakkannya menggunakan formula :

 

Verse 1 – Chorus – Verse 2 – Chorus – Bridge – Chorus

Setiap bahagian, mempunyai melodi yang tersendiri dan berlainan. Pilih 3-4 melodi sahaja sudah memadai untuk diletakkan dalam sesebuah lagu.

Selepas dah siap raw lagu itu, anda boleh pegi ke Langkah seterusnya samada nak simpan dulu lagu anda ATAU hantar ke studio untuk mulakan proses rakaman lagu. 😊

 

arrow

Nak tak lagu anda siap dirakam macam audio yang kami kongsikan tadi? Klik sini jika mahu!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *