Ketahui hak anda sebagai pelanggan Studio Rakaman Lagu. Jangan tertipu!

“Encik Syahir, saya kena tipu dengan seorang komposer ini, saya dah bayar full nak dekat RM15 ribu, tapi lagu apa pun tak dapat, tak siap-siap!”

Ini antara mesej whatsapp yang kami terima minggu lepas. Kami percaya ini bukan kes pertama yang terjadi di luar sana. Ada ramai lagi yang senasib seperti beliau.

 

Bayangkan, kita beria-ria dan semangat, penat-penat kumpul duit beribu akhirnya duit lesap tanpa khabar berita.

 

Bila kita follow up, jawapan yang kita dapat, “nanti dah siap kami bagi, nak berkarya ni perlukan masa..”. Selepas setahun, tak juga siap lagunya. ☹

 

Jangan begitu ya.. Kasihan mereka. Mentang-mentanglah mereka tiada nama dan pengalaman, kita sesuka hati buat begitu.

 

Perkongsian kali ini, kami nak kongsi sedikit tips cara-cara nak berurusan dengan Studio Rakaman termasuk kami.

Ya ! Tak terkecuali. 😊

 

#1 Tengok Testimoni

 

Biasanya anda mencari studio tempat nak rakam lagu ni di platform mana? Website? Facebook Page? Instagram? TikTok?

Semasa membuat carian tu, jangan lupa untuk selidik betul-betul tempat yang kita nak rakam. Anda boleh tengok testimoni pelanggan yang pernah rakam di situ, okay ke tak. Semak juga di Google review. Dapat 5 bintang ke 1 bintang. Kalau 1 bintang je, elakkan lah.

 

#2 Hak bertanya

Sebelum anda nak proceed rakam dengan studio tu, anda boleh tanya seberapa banyak soalan yang anda ingin tanya. Hak anda jika anda ada sebarang pertanyaan untuk ditanya kepada pemilik studio tersebut.

Melalui perbualan telefon, anda sudah boleh agak samada studio yang anda hubungi tu, OK ke KO!

Kalau cara bercakap dengan anda pun malas-malas, layan tak layan, elakkan berurusan dengan studio begitu.

 

#3 Semak detail urusniaga

Sekiranya anda sudah pun membuat keputusan untuk berurusniaga dengan studio itu, pastikan akad anda jelas.

Contohnya : Apa servis yang anda ambil, pakej yang mana anda ambil, berapa jumlah yang anda kena bayar, bila kena bayar, sekiranya ada perubahan lagu/muzik perlu bayar tambahan ke tidak, dan lain-lain yang berkaitan.

#4 Jangan bayar penuh!

Bayar deposit dahulu. Setiap studio, lain jumlah bayaran depo yang dikenakan. Ada yang 50%, ada yang 30%. Bayaran baki anda perlu lunas selepas projek rakaman telah selesai.

Studio kami, tak tetap berapa peratus kena bayar untuk deposit. Ada sesetengah projek perlukan 50%. Kadang-kadang, perlu 30% sahaja. Kalau projek bersaiz kecil, biasanya kami tak kenakan deposit.

 

#5 Follow up progress lagu

Semsa projek sedang dalam pembikinan, anda boleh request untuk dengar progress lagu. Kebiasaanya studio rakaman akan hantar file jenis Mp3 sahaja untuk anda dengar progress lagu anda. Bila anda perlu minta, yang ini ikut kepada budi bicara anda dengan pihak studio.

 

#6 Bayar bayaran baki lagu

Bila lagu anda dah siap, anda boleh dengar hasil rakaman anda. Kebiasannya, pihak studio akan berikan 1 atau 2 kali pembetulan. Sebelum nak minta pihak studio buat sebarang pembetulan, anda boleh tanya dahulu ada bayaran tambahan atau tidak.

Jika pembetulan itu hanya sebahagian kecil sahaja tidak melibatkan rakaman semula, kebiasaanya tiada bayaran.

Apa-apa pun, tanya dahulu pihak studio. Supaya nanti tak terkejut tiba-tiba kena bayar lebih!.

Bila lagu dah siap, anda pun sudah berpuas hati dengan hasil yang diberikan, tanggungjawab anda pula untuk melunaskan bayaran. Jangan tak bayar pula ya! 😀

 

arrow

ANDA MASIH LAGI MENCARI STUDIO RAKAM LAGU ? KLIK SINI UNTUK TONTON CONTOH-CONTOH RAKAMAN YANG KAMI SUDAH RAKAM…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *