Anda yang memang serius berkecimpung dalam industri kreatif terutamanya muzik, boleh mohon dana ini.
Setiap tahun memang akan ada peruntukan dana dari Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi agensi Kumpulan MyCreative Ventures.
Sebagai pengkarya, kadang-kadang, salah satu sebab keterbatasan kita untuk terus berkarya adalah kekurangan dana dan sokongan kewangan. Rugi kalau tak mohon.
Dana Kandungan Digital (DKD) industri muzik 2023 memperuntukkan RM10 juta untuk penggiat industri muzik melalui pembiayaan maksimum RM300,000 yang sudah mula dibuka pada 23 Mac yang lalu.
Untuk tahun ini, 2023, ada 4 jenis geran yang sudah pun dibuka. Anda just klik link dibawah untuk setiap geran yang anda ingin mohon.
http://www.mycreative.com.my/dkdmuzik_2023
Antara geran yang ditawarkan adalah :
1. Dana Irama Perpaduan, nilai geran RM50,000.
2. Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, nilai geran RM300,000.
3. Dana Kebolehan Pasaran (Domestik), nilai geran RM100,000.
4. Dana Persembahan Muzik, nilai geran RM300,000.
Apa lagi. Jom mohon, dan berkarya!
BERMINAT UNTUK RAKAM LAGU SINGLE SENDIRI? KLIK SINI UNTUK PAKEJ 1 HARGA YANG BERBALOI !