Marhaban ya Ramadhan..
Ramadhan sudah tiba. Seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan nikmat. Puasa kali ini macam mana? Didoakan semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun lepas.
Seperti biasa, waktu rutin ketika bulan puasa ini, sedikit berbeza dari hari-hari yang biasa. Bermula seawal jam 5 pagi, kita sudah pun bangun untuk bersahur.
Waktu malam pula, kita disibukkan dengan tarawih, qiamullail, tadarus, dan juga ibadah-ibadah lain.
Walaupun begitu, bulan puasa tidak terhad hanya kepada amalan ibadah khusus sahaja. Kita juga boleh isikan waktu-waktu yang lain, dengan perkara-perkara yang dapat memberikan manfaat kepada kita.
Anda yang juga sebagai penggiat seni, juga boleh pelbagaikan aktiviti-aktiviti anda. Bulan Ramadhan juga adalah waktu yang sesuai untuk anda mulakan perkara-perkara ini :
#1 Belajar ilmu baru
Sentiasa tetapkan “banyak benda yang aku masih belum tahu” dalam diri anda. Dengan mempelajari ilmu baru, anda dapat memperluaskan lagi pengetahuan, kreativiti, dan kemahiran muzik anda.
Anda hanya tahu cipta lagu, tetapi tak pandai main alat muzik, mungkin anda boleh cuba untuk belajar asas cara bermain alat muzik seperti Piano, Gitar, atau Ukulele.
#2 Membina konten
Konten memang sudah jadi perkara wajib bagi penggiat seni samada anda baru sahaja berkecimpung atau sebaliknya. Anda boleh mulakan dengan memuatnaik konten yang mudah dan sesuai untuk target audience anda.
Sebagai contoh, anda seorang pencipta lagu. Anda masih baru. Anda masih belum lagi dikenali sesiapa. Membina konten secara konsisten dapat mencipta peluang-peluang lain seperti peluang kolaborasi, meninngkatkan “exposure”, dan juga “audience”.
#3 Rancang
“Gagal merancang = merancang untuk gagal”
Biasa dengarkan pepatah ini? Kan? Mulalah merancang dari sekarang. Tetapkan matlamat apa yang nak dicapai.
Tidak perlu sasarkan matlamat yang terlalu tinggi. Anda boleh mulakan dengan Langkah kecil dahulu. Yang penting, konsisten.
Konsisten adalah kunci yang paling utama untuk anda capai matlamat yang disasarkan. Jangan risau jika anda menhadapi kesukaran ketika melaksanakannya. Fokus kepada matlamat anda.
Buat => Hadap masalah => Belajar untuk selesaikan => buat semula
Ulang process di atas sampai dapat capai matlamat anda.
#4 Cipta lagu raya!
Musim puasa ini, memang sesuai buat lagu raya. Memang dah jadi adat kita di Malaysia ni, apa-apa perayaan memang nak kena ada lagu. 😊
Waktu yang sesuai untuk rakam lagu raya, adalah sebulan sebelum tibanya bulan Puasa sehingga minggu kedua Puasa. Waktu ini memang sesuai. Kalau rakam awal, tak kalut!
Jom Rakam lagu Cover Raya dapat PERCUMA Video. Limit 3 slot sahaja. Klik Sini !