Nak kejar populariti atau kualiti ?

populariti atau kualiti

Siapa yang tak nak lagu kita “hit”, ramai dengar lagu yang kita hasilkan, lagu kita selalu dimainkan di corong-corong radio. Populariti makin meningkat. Pengikut di media sosial semakin bertambah. Dari sisi kewangan, pendapatan kita juga makin bertambah.

 

Siapa yang tak nak, kan?

 

Tapi, jika kita terlalu fokus mengejar populariti, ianya akan mengalihkan perhatian anda dari menghasilkan lagu-lagu yang lebih berkualiti dan asli.

Namun, nak kekalkan momentum dan motivasi dalam berkarya, tidak dinafikan kita juga memerlukan sumber kewangan untuk tampung perbelanjaan kehidupan seharian kita.

 

Sebagai pengkarya, pemuzik mahupun penyanyi ianya penting untuk dapatkan keseimbangan diantara populariti dan juga kualiti (karya).

 

 

#1 Tetapkan target kewangan yang realistik

Tetapkan target pendapatan yang anda nak dapat hasil dari kerja-kerja muzik anda.

Sebagai contoh :
Anda seorang Buskers. Kos sara hidup anda seperti bil kenderaan, sewa rumah, bil utiliti, kad medikal, simpanan/saving, belanja peribadi anda adalah RM3000.

RM3000 ini adalah jumlah minimum yang anda kena capai dalam tempoh sebulan. Susun gerak kerja busking anda supaya anda boleh capai jumlah ini. Jika dapat lebih? Itu adalah untung yang anda kena simpan. Jadikan sebagai Cash Reserve anda.

 

#2 Cari sumber pendapatan lain selain dari mencipta lagu

Hasil dari mencipta lagu ini tidak menentu. Hasilnya pula kita akan dapat dalam masa yang agak Panjang. Paling cepat 3 bulan ke 6 bulan. Royalti yang MACP bayar kepada kita pun ambil masa 1 tahun. Kos sara hidup anda bulan-bulan bagaimana?

Disinilah pentingnya untuk anda cari sumber pendapatan lain. Cari sumber pendapatan yang hasilnya lebih singkat dan tak mengambil masa yang lama.

Sebagai contoh :

Busking : Setiap pagi anda keluar busking, petang anda dah boleh dapat hasil.

Freelance Singer : Ada banyak studio yang memerlukan penyanyi untuk rakaman-rakaman demo, kerja lebih ringkas dan tak rumit. Size projek rakaman masih kecil dan boleh dapat bayaran dalam tempoh 2-3 hari (umumnya).

Show untuk Resepsi & Majlis Korporat : Setiap minggu ada majlis resepsi. Ini antara sumber pendapatan yang tak popular, size projek sederhana besar, dan hasilnya lumayan. Boleh dapat bayaran dalma tempoh 5-7 hari (umumnya).

Dengan anda menambah sumber pendapatan lain, anda tidak terlalu bergantung sepenuhnya dengan hasil dari karya anda, anda akan tidak terlalu stress memikirkan untuk capat lagu hit. Anda akan lebih fokus untuk berkarya dan tidak tergesa-gesa untuk rilis lagu.

 

#3 Selalu ingat tujuan anda berkarya

Ingat kembali tujuan asal sebenar anda berkarya untuk apa. Pastikan tujuan kewangan dan artistik anda bergerak secara seiring.

Tujuan kewangan anda adalah untuk pastikan anda kekal berduit, mampu bayar segala kos sara hidup dan motivasi untuk anda terus bekerja dan berkarya.

Tujuan artistik pula untuk pastikan anda mempunyai arah yang jelas dalam berkarya dan tidak mengetepikan kualiti-kualiti karya anda.

Motivasi kita dalam berkarya kadang kala ada naik dan turun. Untuk menemukan keseimbangan yang ideal bagi kedua tujuan ini (kewangan dan artistik) memang memerlukan masa, usaha dan doa.

Apa-apa pun, yang paling penting, anda perlu nikmati perjalanan seni ini. Rasa susah dan payah anda ketika hendak bertapak dalam dunia seni ini akan jadi kenangan yang paling manis apabila anda sudah berada di puncak kejayaan.

arrow

Nak belajar cara macamana susun strategi supaya kerja muzik anda berbaloi untuk dijadikan kerjaya? Klik Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *