5 sebab kenapa bisnes saya jatuh dahulu..

Mungkin ada diantara anda semua yang tak tahu, Longan Garage Studio sebenarnya bermula dengan studio Jamming.

 

Pada awal kemunculan kami dalam pasaran pada tahun 2011, kami memang mula dengan studio jamming. Waktu itu kami memang minat dengan aktiviti jamming ni. Setiap bulan, kadang-kadang setiap minggu kami pergi jamming. Waktu itu kami jamming di Marina Studio di Bandar Tun Razak. Studio ni memang Legend. Sudah lama beroperasi. Setahu kami, studio ni masih beroperasi. Berpuluh tahun dah..

 

Bila dah terlalu lama jamming tempat orang, memang teringin juga nak ada studio jamming sendiri. Jadi kami pun berpakat kumpul duit buka studio jamming di Bandar Mahkota Cheras Kajang. Pada asalnya, kami buka studio jamming ini memang nak suka-suka sahaja. Nak jadikan tempat lepak hujung minggu kami. Tapi bila difikirkan balik, alang-alang sudah ada barang-barang muzik ini, kami buat keputusan untuk jalankan terus bisnes studio jamming. Boleh dapat pendapatan.

 

Pada peringkat awal, memang ramai yang datang. Studio barulah katakan. Memang ramai yang datang. Semua pelanggan yang datang nak mencuba studio baru, alatan baru. “Bau kedai” masih kuat lagi. Memang seronok la orang nak datang jamming. Setiap minggu, setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang. Waktu ini memang seronok!

 

Tapi..

 

Selepas beberapa bulan, makin lama pelanggan makin berkurangan. Kalau sebelum ini setiap minggu jadual studio penuh. Tapi selepas beberapa bulan beroperasi, nak cukup kan 5 band yang datang jamming pun susah.

 

Sewaktu pelanggan sudah mula berkurang, kami mula nak tunding jari. Salahkan ekonomi la, trend orang jamming makin berkurang la, sebab YouTube la (waktu ini memang ramai yang buat lagu cover), salah orang itu la, salah orang ini la..

 

Pada waktu ini, kami sibuk cari salah orang lain. Kami terlupa sebenarnya masalah itu datang dari kami sendiri. Dan ini menjadikan pengajaran yang paling besar buat kami.

 

Dalam setiap perkara yang kita buat, tak kisah dalam apa-apa bidang, apabila kita mula mencari masalah itu dari pihak lain, memang kita takkan “grow” dan “stuck” di tempat yang sama.

 

Bila kita “sedar diri” dan mula improve, tunding jari pada diri sendiri dulu, kita akan lebih cepat belajar dan bertindak untuk selesaikan masalah yang kita sedang hadapi.

 

Bila kami mula tunding jari ke “diri sendiri”, baru kita nampak, rupanya banyak perkara yang membuat kan kita “stuck”, tiada “improvement” 

 

Dalam konteks ini, ini 5 benda yang kami buat yang meranapkan bisnes studio jamming kami :

 

1. Tak buat marketing

Apa-apa cabang bidang sekali pun, sangat mustahil untuk orang tahu servis/produk/lagu/brand kita kalau kita tak buat marketing.

Bisnes Jamming – Kalau tak buat marketing, macam mana orang nak tahu yang kita ada buat servis studio jamming?

Komposer/penyanyi – Macam mana orang nak tahu siapa kita dan apa lagu yang kita hasilkan, kalau kita tak cuba untuk memberitahu pendengar di luar sana yang kita mempunyai lagu?

 

2. Tak jaga customer

Tiada database customer. Apa itu database? Database ini adalah maklumat yang kita peroleh dari prospek/pelanggan seperti Nama, No telefon dan Email.

Bisnes jamming – Setiap kali pelanggan datang ke studio, tak simpan nama, no telefon dan email pelanggan. Macam mana kita nak kongsikan maklumat, info atau harga promosi kepada pelanggan sekiranya nama pelanggan pun kita tak simpan?

Komposer/penyanyi – Setiap kali kita rilis lagu baru, macam mana kita nak war-warkan kepada follower kita secara terus sekiranya kita tiada nama, no telefon dan Email mereka?

 

3. Komunikasi yang lemah dengan pelanggan

Komunikasi yang bagus membina reputasi yang bagus antara kita dengan pelanggan. Pelangan tak suka dengan kita kalau cakap pun macam nak marah-marah, pelanggan tanya sikit pun kita sentap.

Bisnes Jamming – macam mana pelanggan nak rasa selesa bila jamming dengan kita kalau kita sendiri tidak mesra dengan pelanggan?

Komposer/penyanyi – Macam mana pendengar nak jadi follower yang tegar bila kita tidak berkomunikasi dengan baik dengan follower kita?

 

4. Tak urus cashflow

Aliran tunai/cashflow ni sangat penting. Ianya bagaikan udara untuk manusia. Kalau tak cukup udara, mati gitu saje…
Dengan pengurusan aliran tunai yang cekap, duit kita tu boleh beranak dan boleh buat Cash Reserve. Cash Reserve ni penting. Dengan duit ini lah kita akan guna untuk kembangkan lagi bisnes kita.

Bisnes jamming – Cash reserve pun tak ada. Macam mana nak ada? kalau urus duit dengan cara tak betul. Duit jualan hasil pelanggan jamming tu kita buat beli barang peribadi. Sepatutnya duit itu masuk dalam akaun bank syarikat. Hujung bulan baru kita ambil gaji. Dari gaji itu kita beli barang peribadi. Bukan guna duit syarikat.

Komposer/penyanyi – Duit hasil persembahan (busking/show), kita guna buat belanja makan, belanja dapur rumah. Mana nak ada cash reserve nya? Bila duit bisnes dan duit peribadi tidak diasingkan. Tiada simpanan untuk beli alatan muzik.

 

5. Tiada hala tuju bisnes

Apa akan jadi dengan bisnes kita 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Adakah kita nak kekal selesa atau kita keluar dari zon selesa untuk lebih maju kehadapan.

Bisnes jamming – apa yang akan jadi dengan bisnes kita lagi 2-3 tahun yang akan datang? Apa perancangan kita? Apa hala tuju kita?

Komposer/penyanyi – Apa target yang kita nak capai lagu 2-3 tahun yang akan datang?

 

Belajar sesuatu?

Boleh reply di email/whatsapp kami jika anda beljaar sesuatu dari pembacaan anda ini 😊

 

arrow

Nak belajar bagaimana kami susun strategi kerjaya sebagai penyanyi, sehingga boleh jana pendapatan sampingan? Klik SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *