Persediaan sebelum persembahan. Ini 5 tips untuk anda.




Ramai yang akan teruja apabila mendapat undangan untuk buat persembahan. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali dijemput untuk buat persembahan di rancangan siaran TV, majlis resepsi, organisasi korporat seperti kerajaan ataupun swasta, dan juga di tempat-tempat seperti Café, Lounge, atau restoran.

Bagi mereka yang pertama kali, ada beberapa tips untuk anda supaya persembahan pertama anda berjalan dengan jayanya.

 

#1 Lagu

Lagu apa yang anda nak nyanyi? Lagu apa yang sesuai dengan anda? Lagu apa yang sesuai untuk majlis? Lagu apa yang sesuai untuk penonton yang hadir?

Anda boleh lakukan sedikit kajian dan rujukan dengan cara bertanyakan kepada organizer/pihak klien. Perkaya yang anda perlu tanya adalah berkenaan tema majlis, bilangan audience/pengunjung yang hadir, stail majli santai atau formal, siapa yang hadir ke majlis itu : Kanak-kanak? Dewasa? Veteran? VIP? VVIP?

Daripada jawapan pihak organizer, anda akan dapat idea apa lagu yang sesuai untuk anda nyanyi.

 

#2 Akustik atau Minus One?

Sekiranya anda nak perform dengan iringan pemuzik, anda boleh mula dengan 1 instrument dahulu sama ada gitar atau keyboard. Pastikan pemuzik anda cukup pengalaman dan sudah bersedia untuk membuat persembahan bersama anda.

Kalau anda pilih untuk nyanyi bersama Minus One (MO), pastikan MO anda dalam keadaan baik kualitinya.

Nak guna MO yang muat turun dari YouTube pun boleh. Tiada masalah. Selagi mana kualitinya baik. Kalau anda tidak pasti, anda boleh berhubung dengan mana-mana studio rakaman untuk kami semak MO itu boleh ke tidak untuk digunakan.

 

#3 Praktis!

Praktis sangat penting! Yang ini tak boleh skip! 😊 Pastikan cara anda praktis itu dengan cara yang betul. Jangan cincai.. ☹ Seeloknya anda praktis adalah di studio.

Sebab di studio ada alatan seperti mikrofon dan speaker. Ianya supaya anda dapat praktis seperti persembahan sebenar anda.




#4 Rakam video praktis!

Jangan lupa untuk rakam video setiap kali anda praktis. Selepas praktis, anda boleh tonton semula video tersebut.

Cara ini sebenarnya adalah cara paling praktikal dan cepat untuk anda improve. Lagi cepat anda kenali kesalahan, atau kekurangan dalam persembahan anda, lagi mudah untuk anda tambah baik.

 

#5 Yakin

Dah praktis? Dah bersedia? Apa lagi.. Redah sahajalah. Yakin mesti mau ada.. 😊

Goodluck persembahan pertama anda! 😊

 

arrow

Dapat jemputan untuk buat persembahan, rugi kalau tak ambil peluang perform lagu sendiri yang anda cipta. Klik SINI untuk dapatkan pakej rakaman lagu yang berbaloi dengan harga!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *