Pernah pergi gig? Atau Show Open-Mic ke? Kalau tak pernah, ini persediaan yang anda boleh lakukan. Banyak gig-gig yang ada sekarang ini, yang buat persembahan bukan sahaja penyanyi/band yang top sahaja, malah yang baru-baru nak berjinak dalam dunia seni persembahan pun ramai juga.
Tips ini, untuk anda yang mungkin baru-baru nak cuba pergi gig. Apa persediaan yang anda kena buat.
1. Stalk media sosial performer
Stalk dahulu akaun medial sosial mereka bagi yang tidak kenal. Kenali dahulu mereka. Tengok jenis lagu atau muzik apa yang mereka bawa.
Selain itu, stalk juga lagu-lagu mereka (jika ada). Cubalah dengar lagu mereka. Bila kita dah dengar lagu mereka, sampai waktu gig nanti, boleh โsing a longโ sekali. Kan best tu.. ๐
2. Pakai pakaian yang sesuai
Pakai pakaian yang selesa untuk anda. Kalau anda pergi gig yang santai, atau seated, anda nak pakai kemeja pun okay sahaja. Ada jenis gig yang kena berhimpit, berpeluh dan sesak. Jadi, pakai pakaian yang lebih kasual.
Jangan lupa, pakai minyak wangi!
3. Bawa member
Pergi gig, kalau boleh bawa kawan. Bukan tak boleh datang seorang. Tapi, kan lebih meriah kalau datang ramai-ramai. Pergi gig nak enjoy kan? Bawalah kawan. Bila โaudienceโ ramai, performer akan lebih semangat nak perform. Baru ada Vibe.
4. Bawa duit
Yang ni pilihan. Bawa duit tunai lebih sikit. Boleh beli apa-apa yang patut. Seperti merchandise, CD, baju, atau poster. Bila kita beli, tu tanda anda hargai muzik dan karya mereka ๐
Nak tahu pakej harga Rakam Single / Demo ? Klik sini.