Banyak perkara nak difikirkan bila nak rakam lagu. Selain dari hal nak rakam lagu, benda yang kita nak kena fikirkan adalah bab pemasaran, content di media sosial, macam mana nak promo lagu, dan sebagainya.
Ada satu lagi perkara yang kita wajib, mustahak, dan perlu buat adalah “proper Photoshoot”.
Ya. Proper Photoshoot.
Pergi studio photo ambil gambar cantik, pakai baju-baju yang glam, kemudian gambar diambil oleh photographer professional.
Sebab apa nak kena buat Proper Photoshoot?
Bukan hanya nak guna untuk artwork square tu je, banyak kegunaan lain, antaranya :
#1 Bila buat photoshoot, anda juga boleh buat lirik video, profile media sosial, ratecard, business card, digital distribution, dan juga press kit.
#2 Mudah nak promosikan lagu anda. Ibarat kedai makan baru nak menjual menu baru, tapi takde gambar makanan. Macam mana orang nak beli?
#3 Kalau ambil gambar di studio professional, anda akan dapat result yang lebih pro. Kualiti gambar yang anda dapat jauh beza dengan ambil gambar sendiri. (melainkan kalau anda sendiri seorang photographer laa..
#4 Anda akan dapat konsultansi dengan pakar photo. Photographer tahu nak ambil gambar anda supaya nampak lebih mahal, cantik dan presentable.
Hasil gambar yang baik akan pamerkan diri anda sebagai penyanyi yang lebih pro dan bersedia untuk diperdengarkan kepada pendengar. Sebelum pendengar nak tekan butang play lagu anda, mereka akan nampak gambar anda dulu. Kalau gambar tak cantik, tak proper, takut memberikan gambaran yang kurang baik. Takut nanti orang ingat anda ni sebenarnya tak ready lagi nak jadi penyanyi.
Untuk mana-mana rilisan digital, anda perlukan 3 jenis format :
#1 Petak
Sesuai untuk album artwork & gambar profile. Kalau anda nak daftar dengan digital distribution, gambar petak ini lah benda pertama yang mereka nak.
Tips : penyanyi baru, digalakkan letak gambar muka. Kalau ada teks nama penyanyi dan lagu sahaja, kurang menarik. Melainkan anda memang dah famous. Jadi, kena letak muka. Baru orang ingat, lebih menarik, lebih mudah untuk orang ketik butang play lagu anda tu.
#2 Melintang
Ni pun penting juga. Selalunya digunakan untuk dijadikan Header di YouTube, Facebook, Joox, KKBOX. Positioning gambar juga memainkan peranan untuk dilihat lebih cantik dan kemas.
#3 Menegak
Format menegak agak popular sekarang sejak hadirnya tiktok, reels, shorts dan sebagainya. Bukan sahaja gambar, video pun menegak dah sekarang.
Gambar anda, kreativiti anda. Terpulang nak ambil gambar indoor atau outdoor. Ikut kemampuan bajet anda. Sekarang banyak sangat studio photo yang tawarkan harga yang sangat berbaloi.
Jadi, dah bolehlah rancang betul-betul sebelum lagu anda rilis. 😊
DAFTAR SINI UNTUK DAPAT KAN TIPS MUZIK, INFO, DAN HARGA PROMOSI RAKAMAN SINGLE JIMAT RM500!