Ianya satu lumrah apabila kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang kurang memberikan sokongan terhadap apa yang kita minat. Lagi-lagi dalam bab muzik. Tak semua orang boleh faham kenapa muzik ini sesuatu yang menyeronokkan.
Mereka tak faham kenapa kita habis beribu ringgit hanya semata-mata masuk kelas muzik, beli alat muzik, berhabis duit rakam lagu, atau masuk kelas vokal yang mana akhirnya kita bukan nak jadikan muzik ini sebagai mata pencarian utama pun. Muzik hanya part-time sahaja. Kita ada kerja tetap. Tapi kita habiskan masa terluang kita dengan berkarya dan bermain muzik.
Orang sekeliling kita tak nampak “syok”nya muzik ini! Kita patut bersyukur, sebab tak semua orang dikurniakan bakat menulis lirik, mencipta lagu, bermain piano, bermain gitar dan sebagainya.Tetapi, kita ada bakat itu.
Kadang-kadang kita rasa nak putus asa disebabkan cakap-cakap orang sekeliling yang membuatkan kita rasa nak berhenti bermain muzik.
Jika anda hadapi situasi ini, sabar dahulu. Jangan berhenti dahulu. Cuba tip yang ingin kami kongsikan ini.
Jika rakan-rakan anda atau kenalan anda yang kruang senang dengan apa yang anda lakukan terutama perkara yang berkaitan minat anda, anda lakukan ini:
#1 Tukar “Circle” anda
Jika anda dikelilingi orang yang selalu nak menjatuhkan dan melemahkan semangat anda, apa yang anda perlu lakukan anda tukar “circle” anda. Kurangkan berhubung dengan mereka. Cuba cari “circle” baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
#2 Pekakkan telinga
Dalam proses kita nak meneruskan perjalanan minat muzik kita, kita pekakkan telinga kita jika ada suara-suara yang nak menjatuhkan anda. Kata orang, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bukan semua nasihat kawan-kawan kita perlu hadam. Kita senyum sahaja. Rugi masa kita berdebat dengan mereka. Ketap bibir. Jalan terus!
#3 Dapatkan input baharu
Dapatkan bahan-bahan bacaan seperti video webinar, kelas, atau artikel, supaya anda menerima input dan ilmu baru.
Semakin banyak ilmu yang anda dapat dan proses, semakin anda lebih yakin dengan minat anda. Disitu juga bukti yang anda tunjukkan minat yang sebenar. Kita kata kita minat menyanyi, tapi takkan 10 tahun dah menyanyi, tahap nyanyian kita macam tu sahaja? Kan?
#4 Buktikan yang kita boleh berjaya
Kita buktikan yang kita mampu lakukannya. Cakap-cakap orang sekeliling ini kadang-kadang niatnya baik. Cuma, mereka tiada dalam “kasut” kita. Mereka kurang faham.
Apabila kita dah berjaya nanti, mereka sendiri akan tutup mulut mereka. Teruskan, jangan berhenti. Kejar cita-cita dan impian anda.