Susahnya nak push lagu ke Record Label..

Ini mesej yang kami terima di Thread.

“..Bagaimana nak tengahkan lagu ciptaan sendiri. Saya ni penulis baru. Selain media sosial, untuk push ke record label susahkan untuk orang baru macam saya nak cuba nasib..”

Sebenarnya, ramai yang hadapi. Bukan anda seorang sahaja. Realitinya, ya. Memang susah. Sebab apa susah?

Bukan anda je yang mencuba nasib. Ada ramai lagi diluar sana yang juga mencuba nasib.

Bagaimana nak pitch atau persembahkan lagu anda kepada pihak industri ? (Syarikat Label & penyanyi)

Anda pula baru nak menapak, baru nak mula perjalanan. Belum ada nama. Belum ada reputasi. Orang tak kenal. Rasa susahkan? Rasa macam mustahil je lagu tu akan diterima.

macam mana nak buat?

Sebelum itu, nak buat disclaimer. Tips yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri dan juga pelanggan kami yang dah pernah buat dan menjadi. Jadi, jadikannya sebagai panduan. Bukan tiru bulat-bulat.

1. Paling asas : Demo yang “Pro”

Jangan sesekali hantar rakaman vokal anda yang dirakam menggunakan phone anda dan di dalam bilik air anda. (Bergaung!)

Faham? Maksudnya, kualiti demo yang anda nak hantar tu. Kualiti rakaman demo anda mencerminkan tahap keseriusan anda.

Tips : Cari je mana-mana studio yang ada provide pakej rakaman demo yang sesuai dengan bajet anda. Sekurang-kurangnya, kalau rakam di studio, kualiti tu terjamin. Kita dapat dengar kejelasan suara dan muzik lagu anda.

2. Buat “homework” : Kenali sasaran anda.

Anda buat lagu rock kapak kemudian bagi kepada penyanyi jazz untuk nyanyi lagu anda. Tak kena. Tak kena. Tersasar jauh. Faham? Kalau anda buat macam ini, nampak sangat anda main belasah je!

Kaji penyanyi yang anda nak approach. Suara dia. Karakter dia. Konsep dia.
Kaji label yang anda nak approach. Siapa penyanyi yang bernaung di bawah label tu. Apa hala tuju label tu.Suka penyanyi yang tangkap muat ke, suak penyanyi yang ada “high quality” ke.

3. Cara approach.

Anda boleh guna saluran rasmi media sosial label atau artis. Nak DM mereka di media sosial boleh. Nak email pun boleh. Dua-dua saluran ini ok! Yang penting adalah cara anda approach. Cara anda approach akan menentukan anda kena sidai atau tak.

Guna ayat yang sopan. Perkenalkan diri. Bagi tahu apa tujuan.

4. Kena reject/sidai? Jangan putus asa.

Ditolak bukan tanda anda tak bagus. Ada banyak kebarangkalian lagu anda kena reject sebab benda lain. Salah satunya, boleh jadi mereka tak nampak email/mesej anda. Sebab ada berpuluh/beratus email dan mesej yang mereka terima.

Jika kena reject? Apa nak buat?

Minta maklum balas : Jika mereka balas, tu tanda positif! Tanya mereka apa yang perlu dibaiki atau ditambahbaik.

5. Perjalanan seni yang panjang.

Kena ingat ni. Rejection tu pasti. Anda akan hadap beratus rejection sebelum lagu anda diterima. Itu memang lumrah. Teruskan sahaja. Orang yang menang adalah orang yang tak pernah berhenti mengalah.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *