6 Tips Nyanyian Untuk Permulaan

Nyanyian merupakan satu aktiviti ekspresi perasaan di dalam lagu, irama dan melodi. Bagi mereka yang mempunyai “bakat” sejak kecil, sangat beruntung ! Tetapi.. bagi mereka yang tidak, suara itu mampu diolah dengan sedikit kerajinan dan latihan.

 

Rahsia bagi memiliki suara yang merdu, terletak kepada telinga dan suara dalam memahami bagaimana untuk mengeluarkan bunyi serta mengaplikasikan teknik asas yang melibatkan pernafasan, postur badan, pergerakan otot, cuba mengelakkan ketegangan kepada otot atau peti suara dan latihan.

 

*Dapatkan DEMO pertama ANDA dengan Harga Serendah RM600.00. Klik link disini untuk pertanyaan lanjut !

http://rakamlagu.wasap.my

 

Seandainya anda seorang yang baru belajar untuk menyanyi, 6 tips ini untuk permulaan :

 

  1. Pengawalan pernafasan yang baik – Pernafasan yang baik sangat membantu dalammenghasilkan resonan suara yang merdu dan sedap didengar.
  2. Perbaiki pendengaran not lagu – Anda tidak dapat menyorok seandainya nyanyian anda tidak menepati not lagu. Oleh itu, latihan untuk mengekalkan suara anda dalam not yang sama amat penting.
  3. Cari cara nyanyian yang anda selesa – Walaupun terlalu banyak penyanyi yang dapat menyanyikan dengan baik, tetapi tidak semua mampu menyanyikan mengikut cara yang lain dan masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyanyi, dan itu menjadikan seseorang mempunyai originaliti.
  4. Belajar untuk mengeluarkan suara – Nyanyian dan bercakap adalah suatu yang berbeza. Apabila menyanyi, pastikan kesemua suara dikeluarkan supaya perasaan di dalam lagu dan tenaga sampai kepada pendengar.
  5. Hormat suara anda – Anda tidak perlu meniru penyanyi yang anda minat. Anda tidak akan sesekali boleh meniru suara penyanyi lain. Anda perlu jadi diri anda sendiri sahaja.
  6. Nikmati setiap latihan – Anda perlu menikmati setiap perjalanan latihan suara anda, dan bersabar. Anda akan terkejut dengan perubahan yang berlaku.

 

 

Semoga 6 tips ini berguna kepada anda yang baru ingin berjinak dalam nyanyian. Kongsikan pada rakan-rakan lain supaya rakan anda yang lain pun mendapat manfaat.

 

Selamat mencuba !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *