Oleh : Ayang Daniel Johns (ADJ)
Bagaimana untuk membina jaringan?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu tahu dahulu, apa yang dimaksudkan dengan JARINGAN?
Dalam bahasa English : Building network atau networking
Dimana-mana sahaja bidang yang kita ceburi, asyik je dengar orang pesan:
“Networking…networking penting bro..”
“Zaman sekarang ni, networking mesti power…”
“Nak cari makan, networking perlu tahu …”
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Sesi Konsultansi PERCUMA bersama kami berkenaan rakaman lagu, Klik DI SINI atau Whatsapp 014-7314047 untuk sesi temujanji ya! Ramai penyanyi dan talent baru yang sudah merakamkan lagu bersama kami. Jangan Tunggu lagi. Dapatkan sesi anda dengan SEGERA !
Jadi, sebagai seorang penyanyi (dan juga Band), kalau anda nak survive dalam industri hari ni yang semakin kompetitif, nak ke tak nak, sedikit sebanyak mesti belajar pasal networking.
And it’s ok start kecil-kecilan, belajar on the way up.
(Ya! I know, perkataan seperti ”marketing” atau ”networking” memang orang-orang muzik ada alahan sikit, the idea sounds terlalu “business” dan “big corperation”)
Networking ni satu skill yang tak dapat dielakkan dalam industri muzik. Pendek kata, ini termasuk you! & you! & you sekali! No escape! (singer, guitarist, bassist, drummer, DJ, percussionist dan lain-lain)
Jadi ini dia beberapa tips yang ADJ kemaskinikan & here u go :
#1 Social Media
– Rasanya ni tak perlu explain langsung. Terlalu obvious.
– Facebook ,Instagram, Twitter, Youtube …(even Whatsapp group, Wechat group..kalau cukup rajin dan kreatif)
– Tiada alasan tak setup satu social media page. Kalau betul-betul terlalu sibuk (masih belajar, baru kahwin, jaga anak), jika terlalu sibuk, its ok fokus hanya satu platform sahaja at one time.
– Social media = ‘social’, kalau setakat post beberapa video dan harapkan akan meletup dan dapat gig dapat show, tak possible bro! Masuk dalam komen, ber’social’lah dgn fan base, reply komen, baca apa suggestion ke apa-apa, get to know peope!
– Jangan kedekut, rajin lawat ke page lain-lain, yang berkaitan dengan muzik, like komen,share juga apa-apa content yang bagus. Tanpa interaksi dengan yang lain, bagaimana orang nak kenal anda?
#2 Pastikan Muzik Anda Terdapat “Digital Copy”
– Soundcloud link, YouTube Channel link ? itunes,Bandcamp, Spotify, Vimeo..?
– Supaya senang nak share dengan (gig) promoter, event management company, producer dan seumpamanya.
-Live performace video biasanya medium yang bagus untuk “introduction”, especially if you dalam bidang job live gig, singer for wedding, corporate dinner dan lain-lain.
– Live video tu (bisanya YouTube) make sure bagi yang berkualiti sikit, jangan pula yang shoot guna low res smartphone pegang 40 kaki dari stage (shaky-shaky lagi tu.
– Keep habit selalu bawa CD (pendrive juga ok) demo/EP bersama anda, kemana-mana saja. Keep extra copy dalam boot kereta, senang hand out sebagai “Name card” @ “self-introduction”.
#3 Kumpul Email list, Buat Email List
– Bertukar email dengan pemuzik, venue owner, producer, atau juga promoter.
– Make sure buat satu email list dan keep on update. Simple Excel file pun boleh.
– Follow-up, digalakkan send email yang simple “Selamat berkenalan, bla bla bla…”. Keep in touch…ada peluang ke tak, belakang kira. Courtesy tu paling penting.
#4 Sentiasa Dalam Mood Bersedia Networing
– Mamak stall.. tepi pantai percutian… Tesco… parti harijadi kawan… kenduri kahwin… semua tempat yang anda pergi, anda perlu bersedia untuk ber “networking”.
– You never know bila peluang job datang. Jadi perlu sentiasa bersedia.
– Sometime orang yang tak bekerja dalam bidang muzik secara tak langsung boleh bawa connection ke peluang job!
– Maybe pakcik dia, maybe bekas rakan sekelas sekolah rendah dia, maybe ex-rakan sekerja dia, maybe adik saudara dia baru buka bisnes event management…
– Name card.. name card… name card my friend… Murah saja. Sediakan selalu. Phone number, whatsapp, Facebook, website link, dan juga yang berkaitan, make sure ada dalam name card.
#5 Tunjuk Muka
– Nak dapat gig, nak dapat show, takkan hanya duduk rumah menunggu?
– Get involved, tunjuk muka. Attend apa-apa gig/live show/event/cafe yg di area lokal anda.
– Tunjuk muka, hadir semua tu bukan matlamat terus dapat invitation main show.
– Dengan kehadiran selalu, talk to people yang ada di event tersebut. Sekali lagi ia adalah = networking.
– Sekaligus dapat survey dimana spot yg lebih sesuai yang possible ada job/slot yang sesuai untuk anda.
“…Oh ni area mmg trend cafe, 2 lorong street ada lebih dari 15 buah cafe, most of them suka sediakan acoustic duo live perform…” – Nampak tak, maybe inilah spot untuk anda!
“…Wow, kedai makan ni hari biasa jual burger, tapi setiap weekend ada live band local independent act, baru tau…”’ – Serius ni. Memang ada.
#6 Tak Perlu Acting Sangat, Relax, Be Yourself
– Networking ni macam leceh je.. macam susah je.. Don’t worry, taklah sampai tahap perlu pakai suit dan tie baru keluar meet orang buat networking.
-Just make sure be natural, tak perlu sengaja acting nak cakap big business talk.
– Pakaian/imej, asalkan kemas dan bersesuaian dengan genre yg anda presenting, its all good.
Yang main cover song Lana Del Rey singer songwriter, berTshirt Burzum jeans koyak…keluar tajuk, not the best choice man.
So for now, ini dia 6 tips yang ADJ mampu bagi hari ni, nanti esok lusa buka topik baru nanti ADJ share lagi.
“Majukan Muzik Untuk Negara”
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Sesi Konsultansi PERCUMA bersama kami berkenaan rakaman lagu, Klik DI SINI atau Whatsapp 014-7314047 untuk sesi temujanji ya! Ramai penyanyi dan talent baru yang sudah merakamkan lagu bersama kami. Jangan Tunggu lagi. Dapatkan sesi anda dengan SEGERA !