Oleh : Syahir Miswan
Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu, klik DISINI. Jangan tunggu lagi! Tunaikan hasrat anda untuk memiliki single pertama anda. Anda juga boleh membuat temujanji dengan saya secara face to face di studio kami. Whatsapp kami di 014-7314047.
Sebagai seorang penyanyi, ada beberapa perkara yang kebiasaannya penyanyi terlepas pandang. Sesetengah mereka menganggap ianya perkara kecil. Tetapi sebenarnya, ia memberikan impak yang besar.
Perkara apakah itu?
Perkara yang tidak patut seorang penyanyi lakukan.
Saya tunjukkan.
Membuat latihan lagu disaat akhir – Membuat latihan disaat akhir tidak patut dilakukan sama sekali (kecuali keadaan mendesak). Cuba bayangkan, esok nak show, hari ni baru anda nak mulakan latihan. Lagu yang anda perlu nyanyi bukan nya 1 atau 2, tetapi lebih dari 10 lagu. Sempat ke nak praktis? Anda sendiri akan tertekan. Kemudian anda akan mula hilang fokus. Sudahnya, masa perform ala kadar. Apa yang anda boleh lakukan adalah, lakukan latihan awal. Buat latihan secara berperingkat. Anda akan lebih fokus untuk hayati dan hafal lagu satu persatu.
Tak print Lirik! – Kalau lagu yang kita nak perform tu, 2-3 lagu, tak mengapa kalau tiada lirik di depan anda sewaktu persembahan. Anda boleh menghafal lagu-lagu yang anda nak nyanyikan. Tetapi kalau lagu yang anda nak peform tu ada 30 lagu? Bagaimana? Mudahkan diri anda dengan cara print setiap lirik yang anda nak nyanyikan. Anda akan lebih selesa untuk menyanyi.
Pegang handphone semasa menyanyi – Saya selalu lihat, penyanyi yang tidak biasa membuat persembahan, akan selalu membuat kesalahan ini. Saya tahu anda tak hafal lirik. Anda menggunakan handphone untuk anda baca lirik semasa menyanyi. Ia sangat tidak wajar. Ia menampakkan anda kurang profesional. Apa yang anda perlu lakukan adalah, gunakan Note Stand. Letak lirik samada dalam bentuk kertas atau handphone di Note Stand.
Tak Soundcheck – Untuk penyanyi amatur, saya sarankan untuk setiap kali anda perform, lakukan sesi soundcheck. Ia sangat membantu anda. Sedangkan penyanyi yang dah profesional pun lakukan soundcheck. Inikan pula kita yang baru-baru nak berjinak. Apa yang kita lakukan semasa sesi soundcheck? Semasa sesi inilah kita akan pastikan segala alat muzik dan mikrofon yang akan kita guna semasa persembahan nanti berfungsi dengan baik. Selain itu, sesi ini jugalah kita akan lakukan balancing dan equing untuk setiap alat muzik dan suara penyanyi.
Tak mesra dengan Soundman – Yang ni sangat sensitif. Haha! Mana-mana show atau event, soundman adalah orang yang sangat penting untuk kita jaga hati dia. Semasa persembahan berlangsung, soundman lah yang akan memastikan sistem bunyi-bunyian berbunyi dengan baik dan kemas sekali. Sampai sahaja anda di tempat majlis atau event, sebelum lakukan sesi soundcheck, ramah mesra dahulu dengan soundman. Perkenalkan diri anda. Bertanya khabar dan seumpamanya. Dengan ini, soundman akan berasa selesa untuk bekerja dengan anda.
Mengharap show datang bergolek – Jangan sesekali lakukan. Kalau anda rasa anda dah sebaris dengan Anuar Zain atau Siti Nurhaliza, silakan. Tapi kalau show pun boleh dikira dengan jari, lupakan. Rancanglah plan pemasaran anda. Anda perlu pasarkan diri anda supaya orang kenal anda. Pendengar perlu kenal anda. Pendengar perlu dengar nyanyian anda. Lakukan pemasaran dengan terancang.
Anda tak merancang – Anda tak merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal. Dalam apa-apa bidang yang kita lakukan, perancangan untuk terus berada dalam landasan sangat perlu. Dalam dunia yang penuh persaingan ini, perancangan sangat lah perlu untuk memastikan anda terus kekal relevan dan diingati. Setiap hari akan muncul penyanyi-penyanyi baru. Semua orang memiliki suara yang hebat. Tetapi anda kena fikirkan, apa yang membezakan anda dengan penyanyi lain. Bina team anda. Lakukan brainstorm. Ramalkan apa yang anda akan raih 3 bulan dari sekarang. Susun strategi untuk pastikan setiap hari, ada aktiviti atau perkara yang akan memberikan manfaat kepada diri anda.
Cepat menyerah kalah – Jika anda mengimpikan untuk bertahan lama dalam dunia nyanyian, sikap cepat menyerah kalah perlu dicampak jauh-jauh dalam diri anda. Untuk berjaya bukan hanya menunggu lagu anda viral semata-mata. Anda perlu tekun dan fokus kepada apa yang anda lakukan. Mungkin anda cuba hari ini, tak menjadi. Lakukan dan ulang sampai menjadi. Kejayaan tak datang sekelip mata. Kejayaan datang dengan sikap yang optimis, tidak mudah menyerah kalah, dan fokus kepada apa yang perlu dilakukan.
Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu, klik DISINI. Jangan tunggu lagi! Tunaikan hasrat anda untuk memiliki single pertama anda. Anda juga boleh membuat temujanji dengan saya secara face to face di studio kami. Whatsapp kami di 014-7314047.