Oleh : Ayang Daniel Johns (ADJ)
“…ADJ ,nak tanya kenapa semasa saya nak rakam gitar, dari amp Marshall saya, dari ”line” output di amp, masuk ke interface untuk rakaman, selepas rakam, tone gitar yang ditangkap semua lain semacam jerr..
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Sesi Konsultansi PERCUMA bersama kami berkenaan rakaman lagu, Klik DI SINI atau Whatsapp 014-7314047 untuk sesi temujanji ya! Ramai penyanyi dan talent baru yang sudah merakamkan lagu bersama kami. Jangan Tunggu lagi. Dapatkan sesi anda dengan SEGERA !
…sampai puas tukar2 setting EQ di amp, pun hasilnya sama…
…tukar strat tukar les paul , still sama bad sounding, tone yang sangat mengecewakan…
langsung tak sama dengan tone yang keluar dari amp marshall ni semasa jamming hari biasa…
hasil sound dia…macam sangat tajam, nipis…dan tak bernyawa especially masa overdrive dan distortion…
aduhh…
sound macam berpasir-pasir…dan tone ada juga serupa tin kosong !
dimana silapnya ye ADJ ? adakah perlu tambah compressor pedal ke, reverb pedal …? baru dapat selesaikan masalah ni ?
thank you in advance ADJ !”
Inilah soalan yang saya terima di inbox Facebook saya.
Soalan dari Lebowski
Okay. Soalan yang baik. Ini respon saya :
Sound yang keluar dari line output di sebuah amp, adalah mengambil tone ‘preamp’ tersebut.
Perlu ingat bahawa tone gitar sound gitar yg complete adalah gabungan dari :
[ gitar ] + [ preamp ] + [ speaker ].
Ketiga-tiga elemen ni mesti ada, baru sound gitar akan ‘memenuhi syarat’.
Banyak yang selama ni salah faham ingat kan gitar tone : [ gitar ] + [ pedal efek ]
ataupun, ingat kan gitar tone : [ gitar ] + [ preamp ] ( tanpa speaker atau cabinet )
Tone gitar yang tak melalui kon speaker ( speaker driver ), sound yang tak termasuk sekali getaran kayu kabinet amp ( cabinet/cab ), yang gelombang suaranya tak pernah berinteraksi dengan udara, memang akan end up ”sound macam berpasir-pasir…dan tone ada juga serupa tin kosong”.
Getaran kon speaker + ‘resonance’ dari kayu kabinet speaker + gelombang suara menggerakkan udara sekeliling + bunyi ditangkap oleh sebuah mikrofon ( contohnya Shure SM57 ) ….gabungan elemen-elemenlah the final piece of puzzle.
Saya bagi contoh experimen mudah untuk anda faham :
boleh cuba sendiri di rumah.
Gitar -> masuk ke pedal Boss DS-1 -> output DS-1 terus sambung ke headphone
Anda cuba dengar tone tu , itulah contoh termudah sebuah tone gitar yang tanpa ”cabinet simulation” @ ”Miking Simulation” .
Miking itu apa?
Miking : Meletak sebuah mikrofon di depan sepaker amp, kira macam ‘menangkap’ sound amp tu. Tujuan miking, in a nutshell, adalah cuba menangkap sound tersebut, mic tu cuba menjadi telinga manusia. So in the end hasilnya adalah mikrofon tu berjaya menangkap informasi Kon speaker + ‘resonance’ kayu kabinet + gelombang suara udara …Viola ! perfect !
Signal yang mikrofon captured, akan travel melalui kabel mikrofon, dan end up di interface (atau masuk mixer house,utk situasi live).
Kini, tone yg latest ni yg di captured melalui miking. Tone yang versi ni, akan terus selesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan kita si Lebowski.
Bonus tips !!! :
Sebenarnya ada juga solusi alternatif untuk kes ”Apa jadi jika saya masih nak rakam melalui line output amp? Sebab saya tinggal di flat, rakam gitar lewat malam tak dapat blast volume lah bro ADJ, how oh ? ”
Solusinya :
Dapatkan something yang boleh buat ‘cabinet simulation‘. (ADJ akan touch more about topik ni di episod akan datang nanti).
Contohnya pedal D.I box Jenama Behringer GI-100, sebuah D.I box yang selain buat kerja D.I box biasa, sekali ada free function ‘4x12cabinet simulation’ (harga pun gila bapak punya murah!).
- Ataupun, pedal CabDryVR dari jenama DigiTech (sama, pedal ‘cabinet simualtion‘)
- Ataupun, pedal GDI-21 dari Jenama Behringer (guitar preamp + miking simulation + D.I box)
- Ataupun, apa-apa produk ‘Torpedo’ dari Jenama Two-Notes (mahal gila, tapi super advance)
- Ataupun, go software, guna ‘I.R impulses’ @ cab sim dalam DAW (ni my favourite method so far)
OK… sampai di sini saja dulu untuk sesi ni, ni pasal cabinet, speaker, miking ni apa semua memang best lah. Macam-macam tone boleh dapat, macam-macam funny solution ada. Hehe…
Nanti next artikel ADJ share lagi !
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Sesi Konsultansi PERCUMA bersama kami berkenaan rakaman lagu, Klik DI SINI atau Whatsapp 014-7314047 untuk sesi temujanji ya! Ramai penyanyi dan talent baru yang sudah merakamkan lagu bersama kami. Jangan Tunggu lagi. Dapatkan sesi anda dengan SEGERA !