Bagaimana Cara Untuk Cipta Lagu? (Khas Untuk Newbie)

Oleh : Syahir Miswan

Bagaimana nak cipta lagu?

Nak mencipta sesebuah lagu yang bagus, bukan sesuatu perkara yang mudah. Ia perlukan latihan, kajian dan keazaman yang tinggi untuk menghasilkan karya yang baik. Kalau kita lihat, karya yang hebat (Masterpiece) tak ditelan zaman. Sentiasa rasa segar (evergreen) bila setiap kali mendengarnya.

Antara lagu yang malar segar sehingga kini contohnya lagu Kau Ilhamku, Belaian Jiwa, Isabella, Madah Berhelah, Gerimis Mengundang, Rindu Serindu Rindunya, Dari Sinar Mata, dan banyak lagi.

 

Rakam DEMO hanya RM600 sahaja! Klik DISINI jika anda mencari studio rakaman lagu anda. Kami menawarkan harga pakej yang memudahkan untuk mrealisasikan impian anda! Untuk sebarang pertanyaan, whatsapp kami di 014-7314047.




Jika kita lihat lagu-lagu yang malar segar ini, untuk menghasilkannya memerlukan ketelitian yang tinggi. Bukannya sehari dua boleh siap. Melodi yang tangkap telinga dan juga lirik yang menyentuh emosi bila mendengarnya, menjadikan salah satu faktor sesebuah lagu itu bagus ataupun tidak.

Persoalannya, bagaimana untuk cipta lagu yang hebat?

1. Fahami struktur lagu :

Sesebuah lagu itu ada struktur dan susunannya. Bergantung pada kita untuk menyusunnya. Pada kebiasaanya, sesebuah lagu mempunyai struktur dan susunan seperti berikut:

Verse – Permulaan untuk setiap lagu. Liriknya lebih menceritakan tentang isu yang nak dibangkitkan atau masalah. Contohnya, lagu mengisahkan tentang seseorang yang putus cinta. Di rangkap verse biasanya penulis akan menggambarkan awal-awal mula bertemu dengan pasangan, atau memori semasa bercinta sebelum fasa putusnya cinta.

Pre Chours – Sesetengah lagu ada Pre Chorus, kadang-kadang tiada. Selalunya Pre Chorus hanya ada 2 baris ayat sahaja. Pre Chorus wujud sebelum masuknya Chorus.

Chorus – Dalam chorus penulis akan menekankan tentang perasaan beliau yang tengah putus cinta. (Masa ni lirik habis mendayu ler..). 80% kalau kita dengar chorus, kita dah dapat gambaran penuh tentang keseluruhan cerita dalam lagu ini. Chorus juga kebiasaannya berulang-ulang.

Bridge – Bridge pun macam Pre Chorus. Tak semua lagu mempunyai Bridge dalam lagu. Kedudukannya biasa selepas Break Solo. Tetapi bergantung juga pada penulis/komposer nak letak Bridge di kedudukan mana.

Ini adalah susunan umum kebiasaan susunan lagu-lagu yang ada di pasaran. Anda jangan terkejut pula sesetengah lagu mula dengan Chorus. Ia bergantung pada kreativiti komposer itu sendiri. Kebanyakkan lagu yang mula dengan Chorus ini, lagu-lagu Jepun. Anda boleh cuba dengar lagu-lagu mereka untuk dapatkan rujukan tambahan.

2. Tetapkan tema lagu anda :

Anda tentukan anda nak cipta lagu tentang apa. Samada tentang cinta, kasih sayang, keluarga, persahabatan, sejarah, kehidupan, alam sekitar dan macam-macam lagi.

Kalau kita lihat dipasaran, kebanyakkan lagu banyak menggunakan tema cinta. Kerana cinta ni lebih dekat dengan pendengar dan mesra pendengar.

3. Guna kreativiti dan gaya anda sendiri :

Selepas anda telah memilih tema lagu, anda boleh mula menulis lirik dan cipa melodi mengikut gaya anda sendiri. Anda boleh gunakan lagu-lagu yang sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan anda. Tetapi jangan tiru. Gunakan idea anda sendiri.

Kaedah yang mudah dan terbaik untuk hasilkan melodi adalah dengan menggunakan piano atau keboard. Cuba bermain dengan papan kekunci keyboard anda untuk hasilkan melodi yang terbaik untuk lagu anda. Jika anda tiada piano atau keyboard, boleh sahaja anda gunakan gitar untuk mencipta melodi.

Untuk lirik, cuba hasilkan lirik yang mudah untuk pendengar faham. Elakkan guna perkataan yang terlampau bombastik. Bukan tidak boleh, tetapi apabila anda gunakan perkataan-perkataan yang mudah, pendengar lebih faham apa yang anda nak sampaikan.

4. Simpan lagu anda :

Selepas anda sudah merangka lirik dan melodi, anda boleh rakamkan lagu anda itu di dalam telefon pintar anda. Gunakan apps yang sesuai untuk anda. Jika and rakam, lebih mudah untuk anda rujuk balik sekiranya anda nak buat pembaikkan atau baikpulih lagu anda.

Selain itu, ia juga membantu anda untuk anda tidak lupa. Kalau tak rakam, kebarangkalian untuk anda lupa lagu yang anda cipta itu tinggi.

 




 

Rakam DEMO hanya RM600 sahaja! Klik DISINI jika anda mencari studio rakaman lagu anda. Kami menawarkan harga pakej yang memudahkan untuk mrealisasikan impian anda! Untuk sebarang pertanyaan, whatsapp kami di 014-7314047.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *