7 Tip Persediaan Sebelum Persembahan

Oleh: Syahir Miswan

Ada penyanyi/bakat baru yang mempunyai kelebihan dari segi lontaran suaranya, kawalan suara, pernafasannya dan juga penghayatan sesebuah lagu yang sangat bagus. Penyanyi sebegini mempunyai kelebihan dari segi bakat. Tetapi dari segi showmanship, biasa-biasa sahaja.

 

Tetapi ada juga penyanyi/bakat baru yang mempunyai suara yang biasa-biasa, tetapi mampu memukai penonton dengan persembahannya.

 

Kita nak yang mana? Semestinya kedua-duanya. Nyanyian yang bagus dan juga showmanship yang bagus. Kedua-dua aspek ini sangat penting untuk kita kuasai.

 

Penulis, Syahir Miswan (Kiri) bersama Hanif, Aman Aziz, Shiha Zikir dan Napie semasa di Karangkraf.

 

Berikut adalah tip persediaan sebelum persembahan:

 

1. Kuasai sepenuhnya lagu yang ingin dipersembahkan

Kita mesti tahu lagu apa yang kita nyanyi. Lagu yang kita nyanyi menceritakan tentang apa. Faham betul-betul lirik lagu tersebut supaya anda dapat menghayati penceritaan dalam lagu tersebut.

Penonton akan boleh tahu kalau kita tak kuasai lagu yang kita persembahkan. Ianya akan jelas terpancar di wajah anda (hehe). Kalau lagu gembira pun anda nyanyi muka anda nampak sedih, macam mana tu. Mesti tak faham betul-betul lirik lagu.

 

2. Tahu masa, tempat, jenis majlis, dan penonton anda

Kita perlu tahu berapa lama masa yang diperuntukkan untuk kita persembahkan lagu. 5 minit? 10 minit? 1 jam?

Tempat pula di mana? Di cafe? Kedai makan tepi jalan? Hotel? Gig? Majlis korporat? Kenduri kahwin?

Penonton anda bagaimana? Orang-orang muda? Orang dewasa? Kanak-kanak? Orang kaya? Ahli politik? Ahli akademik? Dan lain-lain lagi…

Kesemua ini sangat penting untuk anda analisa betul-betul dan dapatkan maklumat ini sebelum anda membuat persembahan.

Lain orang, lain citarasa. Anda tak boleh samakan citarasa kanak-kanak dengan orang dewasa. Citarasa lagu pakcik-makcik berbeza dengan remaja.

Ianya penting kerana anda perlu tahu lagu genre dan jenis lagu yang anda perlu persembahkan.

 

3. Minus One? Akustik? Live Band?

Ianya ikut pada tempat, keadaan, situasi, dan pilihan penganjur. Jika penganjur nak Live Band, anda perlu datang dengan Live Band. Jika penganjur nak Minus One, anda datang bersama Minus One.

Apa pilihan dan cadangan saya? Saya sarankan untuk anda elakkan menggunakan Minus One JIKA kualiti audio Minus One anda tidak berapa baik.
Kenapa? Jika Minus One anda tu anda muat turun dari YouTube sahaja, kualitinya sangat teruk. Ianya mengundang bahaya jika anda gunakan untuk mana-mana persembahan. Kualiti muzik yang tidak berapa baik akan menganggu kualiti persembahan nyanyian anda sendiri. Jadi elakkan.

Jika anda ada Minus One yang baik, silakan 😉

 

4. Nyanyian yang tak membosankan

Nyanyian ini umpama kita bercerita kepada seseorang atau sekumpulan manusia. Dalam lagu ada sebuah cerita. Sampaikan dengan penuh yakin. Nikmati persembahan anda dan ajak penonton untuk turut sama melayari penceritaan dalam lagu anda.

Sebab itu anda perlu faham lagu yang anda nak nyanyikan.

 

5. Latihan sebelum persembahan

Pastikan anda cukup latihan. Hafal lirik jika perlu. Jika lagu terlalu banyak untuk anda nyanyi, jangan lupa untuk sediakan Note Stand dan Buku Lirik.

Ingat. 1 minit yang pertama sangat penting. Pastikan 1 minit pertama itu, penonton dapat tanggapan yang baik tentang persembahan anda.

Biar penonton nampak kita bersedia. Walaupun 1 minit pertama tu kita tengah kawal gementar!

 

6. Lagu

Pastikan lagu yang anda nyanyi sesuai dengan penonton anda. Kalau penonton anda semuanya pakcik-makcik, jangan gatal nak nyanyi lagu Metal pulak. Cari lagu yang sesuai, contohnya : Uji Rashid, hetty Koes Endang, Aishah, Jamal Abdillah dan lain-lain.

*Tip : Banyakkan nyanyi lagu-lagu malar segar dan lagu-lagu lama. Percayalah. Anda kuasai lagu-lagu sebegini, lagi cepat untuk anda dapat persembahan yang berbayar!

 

7. Jual diri anda!

Tidak ada seorang pun yang suka persembahan nyanyian yang kaku, keras, dan kering, tak semangat, lemau dan lesu.

Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai seorang penghibur untuk anda pastikan persemnbahan nyanyian anda sebagai “Likable”.

Jadi, pastikan kekemasan diri anda. Pakai baju dan seluar yang sesuai dengan majlis. Jika majlis formal, pakai pakaian yang formal.

Jika persembahan anda di cafe, pakai pakaian yang santai.

Aspek paling penting dalam persembahan nyanyian ialah suara anda. Pastikan dapat rehat yang secukupnya sebelum hari persembahan anda.

Sebelum memulakan lagu, perkenalkan diri anda. Kawal gementar anda. Cakap dengan jelas supaya penonton dengar patah perkataan yang anda sebutkan.
Jangan lupa, sebelum mengakhiri persembahan anda, promosi media sosial anda. Supaya penonton boleh berhubung dengan anda di alam maya. Ianya sangat penting untuk anda tingkatkan nilai sosial anda bersama peminat anda.

 

Semoga tip ini bermanfaat. Kongsikan pada rakan penyanyi anda yang lain juga ya!

Nak follow penulis artikel ini? Klik sini


ANDA SEORANG YANG BERBAKAT DALAM NYANYIAN?

KLIK SINI!

HANYA UNTUK MEREKA YANG SERIUS!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *