Tip Latihan Vokal Walaupun Anda Hanya Ada 10 Minit!

Anda kini tidak perlu lagi merungut kerana kekangan masa untuk anda jalani latihan vokal anda.

 

Perkongsian ini adalah untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk latihan vokal. Anda boleh lakukan latihan ini walaupun hanya luangkan masa 10 minit sahaja setiap sesi.

 

Takkan 10 minit pun anda tak boleh luangkan masa untuk perbaiki vokal anda? Kan? Hehe!

 

Disini saya kongsikan tip latihan vokal walaupun anda hanya ada 10 minit sahaja.

 

 

1. Pilih topik/teknik yang anda nak latih

Contoh nya latihan kawalan pernafasan, improvasi, intonasi, phrasing, vibrato dan lain-lain. Pilih 1 sahaja untuk anda berlatih dalam masa 10 minit itu.

 

2. Anda pilih teknik/ topik nyanyian yang anda perlu baiki

Sebagai contoh, jika anda lemah dalam kawalan pernafasan, fokus kepada 1 dahulu permasalahan anda. Kemudian berlatih sehingga boleh.

 

3. Setiap kali anda melakukan latihan, jangan lupa untuk RAKAM!

Nak rakam guna apa? Guna sahaja apa yang ada. Guna sahaja aplikasi rakaman audio di dalam telefon bimbit anda. Jika belum install, install sekarang.

 

4. Selepas rakam, dengar balik nyanyian anda

Dengar dan perbaiki bahagian mana yang perlu dibaiki dan perlu ditambahbaik. Inilah tujuan kita merakam semasa sesi latihan kita. Jika tak rakam, mana kita nak tahu kita nyanyi okay ke tak. Kan?

 

5. Lakukan rutin ini setiap hari

Tetapkan waktu bila anda nak jalani latihan. Ingat, disiplikan diri anda untuk luangkan masa hanya 10 minit sahaja.

 

 

Pastikan anda berlatih dengan cara yang betul.

 

JIKA ANDA MENCARI GURU VOKAL UNTUK BANTU NYANYIAN VOKAL ANDA, KLIK SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *