Anda Rasa Down Dan Give Up? Ikuti 6 Langkah Ini

Sebagai seorang yang meminati seni nyanyian atau muzik ini, pastinya cabaran yang dilalui itu sangat getir. Kadangkala kita akan rasa terlalu down dan juga ingin berputus asa.

 

 

Setiap apa yang kita lakukan, tidak menampakkan hasil menjadikan kita ingin berhenti dari melakukan apa yang kita minati.

 

 

Sememangnya, laluan untuk menjadi seorang penyanyi, pemuzik, komposer mahupun penulis lirik bukan semudah yang disangka.

 

 

Apabila kita menghadapi situasi ini, anda perlu bertenang.

 

 

Tarik nafas dalam-dalam.

 

 

Rasa lega sedikit?

 

 

Perkongsian kali ini, kami kongsikan apa langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda merasa “Give Up”.

 

 

1. Bersyukur dengan pencapaian yang anda miliki sekarang walaupun sedikit

Kita perlu bersyukur dalam apa keadaan sekali pun. Kadang-kadang apa yang kita hendak, tidak tercapai. Bersyukurlah. Anda sudah mencuba. Cuba lihat kembali dalam tempoh beberapa bulan ini apa pencapaian yang anda telah capai. Walaupun sedikit, ia tetap satu pencapaian.

 

2. Resit minda dan positifkan diri

Berfikir negatif lebih mudah dari berfikir positif. Sebab itu ia nya bergantung kepada latihan minda anda. Jika anda rasa down atau nak cepat putus asa, cepat-cepat fikirkan perkara-perkara positif. Jagnan biarkan pengaruh negatif menguasa fikiran anda.

 

3. Berhubung dengan rakan yang mempunyai minat yang sama dengan anda

Berhubung dan berinteraksi dengan mereka. Dengan cara ini, dapat mengurangkan rasa stress anda. Bertanya dan bertukar pendapat dengan rakan anda.

 

4. Sertai Group Nyanyian

Terlalu banyak group nyanyian yang wujud di Facebook. Sertai mereka. Ia juga adalah salah satu cara membebaskan diri dari belenggu yang merungsingkan jiwa anda. Dengan cara ini, mungkin anda akan mendapat solusi yang anda inginkan. Jika anda ada masalah yang berkaitan dengan nyanyian anda, banyakkan bertanya di dalam group tersebut. Bersosialah dengan rakan-rakan nyanyian anda yang lain.

 

5. Restructure

Luangkan masa untuk anda tetapkan halatuju anda. Tanya soalan dalam diri anda itu. Adakah anda minat menyanyi ini sekadar minat? Atau ingin menjadi seorang penyanyi profesional? Atau sekadar menyanyi untuk jana pendapatan sampingan? Apa yang kurang dari segi nyanyian anda. Adakah pitching? Kawalan pernafasan? Gementar berhadapan khalayak ramai?

6. Cari Guru anda

Guru sangat membantu ketika anda merasa down. Guru dapat meyakinkan anda dan mengembalikan semangat anda untuk terus berada dalam bidang nyanyian ini. Jika anda belum ada guru, cari guru yang betul. Bukan guru yang hebat.

 

ANDA SESEORANG YANG MINAT MENYANYI?

PERLUKAN BANTUAN UNTUK TINGKATKAN PRESTASI NYANYIAN ANDA?

KLIK SINI SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *