Posting kali ni serius sikit.
Okay. Serius.
Pernah tak anda rasa macam nak give up dalam bidang yang anda lakukan sekarang? Nyanyi. Terutamanya.
Pernah tak rasa putus asa?
Rasa macam nak berhentilah menyanyi/bermuzik.
Pelanggan dah lah minta harga MURAH.
Lepas tu MINTA macam-macam.
Lepas tu KONDEM macam-macam.
MINTA itu ini..
Bayar dah la CIPUT..
Penat-penat nyanyi, SIKIT je bayar..
Dah tu.. Bayar LAMBAT pulak tu..
Itu pun nasib baik bayar.
Ada yang lagi kesian, langsung TAK BAYAR!
Call terus tak angkat.
Siap BLOCK!
Betul-betul punya nak lari ni…
Alahai..
Nah! Serabut kan?
Amacam? Rasa macam kena tindas ya?
“Alah..dorang ni bukan reti nak hargai seni pun..sebab tu minta harga murah!”
“Buat majlis besar-besar, nak bayar live band pun minta kurang”
“Tau nak minta murah, lepastu minta macam-macam.”
Ops.. Nanti dulu.
Nampak macam semua salah client je.
Yeke? Semua salah mereka ke? Sebab mereka tak hargai seni? Sebab mereka nampak kita ni macam pemuzik atau penyanyi lekeh, sebab tu mereka minta murah? Atau sebab kita rasa mereka tiada duit?
Tak. Sebenarnya. Heh!
Yang sebenarnya adalah…
Salah Kita!
Ya! Salah Kita!
Takkan nak salahkan pelanggan kot. Bukan boleh buat apa. Baik kita fokus pada diri kita.
Senang sikit nak ubah.
Ubah diri sendiri lebih mudah dari nak ubah orang lain. Kan?
Okay.
Sambung balik.
Sebab apa salah kita?
Sebab apa?
Sebab kita TAK TAHU menjual!
Sebab kita sendiri tak tahu apa yang kita tawarkan pada pelanggan!
Sebab kita sendiri yang amik job dengan bayaran rendah tu!
Kenapa pelanggan minta harga murah?
Biasakan, bila kita deal dengan pelanggan, biasa mereka akan minta murah.
Saya beri contoh perbualan supaya anda lebih mudah faham.
Saya tunjukkan cara bagaimana untuk kita handle dengan pelanggan yang macam ni.
(Ini contoh, jangan guna ayat ini bulat-bulat. Sebaiknya cuba faham apa yang nak disampaikan).
Band: Okay encik, harga untuk live band RMXXXX.XX..
Pelanggan: Uih mahal nya..Tak boleh murah lagi ke?
Band: Murah dibandingkan dengan apa encik?
Pelanggan: Yela! Ada band/penyanyi lain offer lagi murah. Mereka offer RMXXX.XX.
Band: Sama ke apa yang kami tawarkan dengan mereka encik? Macam ni encik. Saya cuba terangkan pada encik, walau apa-apa pun, encik ada hak untuk buat keputusan samada nak pilih kami atau mereka.
Pelanggan: Okay, apa dia?
Band: Biasa yang letak harga murah ni, biasanya pemuzik/penyanyi baru. Saya boleh jamin mereka belum cukup pengalaman. Sebab itu mereka letak harga yang rendah. Dan mereka yang letak harga murah ni, mesti mereka bukan fulltime. Hanya pemuzik/penyanyi part time sahaja.
Pelanggan: Jadinya?
Band: Takkan encik nak semata-mata murah je. Encik nak ke tanggung risiko bila encik jemput penyanyi/band yang murah ni?
Pelanggan: Risiko macam mana tu?
Band: Risiko la. Band/pemuzik/penyanyi tak cukup pengalaman. Ada beberapa risiko yang encik mungkin akan hadapi. Mungkin mereka tak punctual. Tak tiba ke tempat majlis tepat waktu. Tak cukup rehersal. Bila perform tak cukup praktis, mula la perform halai-balai.
Dan risiko yang paling besar, ia akan effect pada majlis encik. Encik nak ke majlis encik terganggu sebab benda-benda macam ni?
Band yang serius, yang kerja sepenuh masa, mereka jaga betul kualiti persembahan mereka. Tak datang lambat. Tak skip soundcheck. Cukup rehersal. Perform pun akan sebaik yang mungkin.
Kami bukan apa, kami taknak nanti habis majlis, encik sendiri rasa tak puas sebab live band tak perform sebaik mungkin. Rugi. Biar encik keluar duit lebih sikit. Tapi berbaloi.
Jangan risau. Kami dalam bidang ni dah lama. Sebab itu kami berani jamin dengan kualiti persembahan kami. Memang mahal sikit, tetapi encik tak sakit kepala kemudian hari.
Encik nak tak jemput kami meriahkan majlis encik nanti? Saya akan bantu majlis encik sampai majlis selesai. Encik dah tak payah pening pasal performance, encik boleh fokus kepada benda-benda lain. Banyak lagi encik nak kena fikir. Emcee, tempahan makanan, susunan atur meja, aturcara majlis, dan macam-macam lagi..
Pelanggan: Eh! Nak la..
.
Dapat belajar sesuatu tak?
Pelanggan bukan nak murah semata-mata murah. Meraka nak lebih dari itu. Mereka nak kita bantu mereka. Mereka nak kerja mereka mudah.
Mereka mampu untuk bayar lebih. Tetapi sebab mereka tak nampak NILAI yang kita beri pada mereka, sebab itu mereka minta murah.
Sebab itu kita kenal pelanggan kita. Bila kenal, kita tahu apa jenis bantuan yang kita boleh tawarkan.
Dalam banyak-banyak majlis, pihak penganjur/pengantin/tuan rumah tak nak pening-pening kepala.
Jadi mudahkan kerja mereka. Kita sebagai pemuzik/penyanyi/band, kita bukan tawarkan muzik sahaja.
Kita bukan tawar persembahan sahaja.
Kita adalah konsultan.
Kita sebahagian dari mereka yang memeriahkan majlis.
Faham betul-betul apa nilai yang kita tawarkan. Jangan takut. Yakin dengan nilai yang kita berikan.