Tiada Pengalaman Rakaman Vokal? 6 Panduan Sebelum Sesi Rakaman

Oleh: Syahir Miswan

 

Panduan ini untuk anda yang belum pernah ada pengalaman langsung tentang rakam vokal di studio.

 

 

 

Jom baca.

 

 

 

Anda boleh cuba amalkan. Bukan apa. Untuk anda juga. Supaya anda lebih bersedia.

 

Bukan nak takut-takutkan. Tiada apa yang perlu nak ditakutkan. Cuma nak anda bersedia.

 

 

 

 

Bila anda bersedia, proses rakaman anda akan berjalan dengan lancar.

 

 

Bila anda bersedia, anda tak rasa gugup terlebih.

 

 

Bila dah gugup, anda tak fokus pada nyanyian anda.

 

 

Fikiran anda mula melayang-layang.

 

 

Hasilnya, anda tak puas masa rakam nanti.

 

 

 

 

 

Percayalah…

 

 

 

 

 

Mudah sahaja. Tak susah.

 

 

1. Print lirik

Kenapa perlu print? Supaya masa rakam suara nanti anda tak guna phone untuk lihat lirik. Cara nak print lirik:

 

Guna font yang senang baca. Saiz yang besar, contoh nya saiz 28. Jangan besar sangat. Nanti banyak pulak kertas yang nak kena print.

 

Guna Line Spacing 1.5. Supaya anda boleh buat nota sekiranya perlu. Sebab masa sesi rakaman nanti, mungkin ada apa-apa nota yang perlu anda tulis di lirik itu.

 

 

2. Buat homework

Kebiasaanya, producer/music arranger akan beri anda lagu terlebih dahulu sebelum anda datang ke studio untuk sesi rakaman. Jadi buat homework. Dengar lagu banyak kali. Hafal melodi lagu tersebut. Anda perlu firm dengan melodi yang telah ditetapkan.

 

3. Bawa air mineral

Jangan lupa bawa air mineral. Nak rakam suara ni tak mudah. Kadang-kadang ambil masa yang lama. Tekak anda akan kering. Jadi anda perlu basahkan tekak anda. Ada studio yang memang tak sediakan air. Beli siap-siap sebelum masuk studio.

 

(Kalau anda rakam vokal di Longan Garage Studio, jangan risau. Kami sediakan air untuk anda. Best tak? Hehe!)

 

4. Jangan makan berat sebelum sesi rakaman

Yang ni jangan amalkan. Makan sekadar cukup alas perut anda. Bila anda makan berat, anda akan lemas masa nak menyanyi nanti. Pernafasan anda terganggu. Jadi, nak memudahkan sesi rakaman nanti, pastikan anda makan awal kalau nak makan berat-berat. Sekurang-kurangnya 3 jam awal.

 

5. Rehat secukupnya

Kalau anda ada sesi rakaman vokal pada malam hari, pastikan waktu siang hari itu, anda tidak lakukan kerja-kerja yang terlalu memenatkan. Anda perlu cukup tenaga untuk rakam vokal. Supaya anda boleh fokus dan cukup tenaga masa sesi rakaman.

 

6. Bawa pendrive

Yang ni pilihan. Nak bawa boleh. Tak nak bawa pun boleh. Hehe. Kebiasaannya selepas rakam vokal, anda mesti nak dengar balik suara anda yang telah dirakam. Jadi bawak siap-siap pendrive. Balik dari rakam vokal, anda boleh layan dan nikmati suara anda yang telah dirakam sebelum tidur. Selain tu, anda boleh check balik suara anda. Mana lah tahu, ada beberapa part yang perlu rakam balik. Kan?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *