2 Cara ini Membuatkan Anda Mudah Untuk Dapat Job Perform – Baca Ini!

Oleh: Syahir Miswan

 

Bacaan ini khusus untuk bakat baru yang ingin dapatkan Show pertama anda.

 

 

Susah ke nak dapat Show? Saya ni tak pernah dapat mana-mana job perform lagi..

 

Orang tak kenal saya.. Macam mana orang nak panggil saya perform..

 

 

 

 

 

 

Betul ke susah?

 

 

Tak susah sebenarnya.. Yang susah kalau memang tak nak cuba.. yang tu memang susah!

 

Orang yang akan bayar kita untuk buat persembahan, rata-rata mereka tak tengok pun kita ni terkenal ataupun tidak.

 

Sebab yang penting, untuk melayakkan anda untuk dapat show adalah..

 

Anda boleh perform atau tak..

Anda boleh menyanyi atau tak..

Anda perform best atau tak..

 

 

Okay. Sekarang ni, jom kita test!

 

 

Untuk pastikan samada anda boleh buat ketiga-tiga yang saya sebutkan tadi tu,saya bagi satu solusi yang mudah untuk anda cuba.

 

 

YouTube.

 

Anda ada channel YouTube?

 

Kalau tiada, buat sekarang!

 

Bagi yang ada, TAHNIAH!

 

Kenapa perlu buat channel YouTube?

 

Sebab adanya channel YouTube memudahkan orang lain untuk akses siapa anda.

 

Caranya begini. Saya cuba terang dengan cara yang paling mudah.

 

Ianya logik sahaja.

 

Orang luar tak tahu kita ni boleh menyanyi/perform atau tak. (Yela tak pernah dapat job show kan? Mana orang nak tahu…)

 

Jadi dengan membuka channel YouTube anda sendiri, anda boleh memuatnaik video nyanyian anda di YouTube.

 

Dari situ anda boleh portray pada orang di luar sana yang anda boleh menyanyi atau tak.

 

Logik yang kedua, mereka-mereka yang mencari penyanyi untuk buat persembahan di majlis mereka, biasanya memang mereka cari di YouTube!

 

Orang yang diluar sana, boleh tengok video anda tu. Dari situ mereka boleh nilai kita. Kita ni sebenarnya boleh nyanyi ke tidak. Berani atau tak untuk perform. Suara sedap ke tak. Yakin ke tak yakin.

 

Melalui video kita, orang dah boleh dapat gambaran tentang kita.

 

Video-video anda di YouTube adalah salah satu cara bikin portfolio anda dengan cepat dan mudah. Tak perlu keluar duit banyak. Anda hanya perlu rakam video anda nyanyi guna telefon anda sahaja!.

 

Pemilihan lagu perlu betul. Ikut pengalaman kami, biasanya pelanggan suka kalau kita mampu nyanyi lagu-lagu lama.

 

Sebab apa lagu-lagu lama?

 

Lagu lama evergreen. Semua orang tahu. Lagu lama lebih sedap kalau dipersembahkan. Lagu lama lebih asyik kalau dinyanyikan.

 

Dan.. orang-orang yang berduit ni, orang-orang lama. Jadinya mereka ada kuasa membayar.

 

Pikat orang-orang yang macam ni dengan memuat naik video lagu-lagu lama.

 

Cuba dulu.. kalau tak cuba tak tahu..kan?

 

Dan pastikan video yang anda rakam tu, mempunyai kualiti yang bagus. Tak perlu dasyat sangat. Cukup sekadar video jelas, nampak muka anda, dan audio jelas, dengar suara anda.

 

Elakkan nyanyi dalam bilik yang bergaung. Anda memang rasa nyanyi dalam bilik bergaung tu sedap. Tapi yang mendengar ni tak dapat nak dengar dengan jelas suara anda.

 

 

Klik sini jika nak saya bantu anda untuk dapatkan kualiti audio yang BEST untuk video YouTube anda

 

 

Busking.

 

Tau apa benda Busking tu? Dengan kata mudah, street performance, atau persembahan jalanan. Paltform ini adalah yang terbaik untuk anda uji tahap rasa malu dan juga ketebalan muka anda. (Haha!)

 

Bagi mereka yang dah selalu busking tiada masalah. Ini saya cerita untuk yang belum pernah Busking.

 

Busking juga antara salah satu cara mudah untuk anda dapat job perform. Ini memang terbukti!

 

Bakal pelanggan anda secara terus boleh buat keputusan samada nak tawarkan anda job perform atau tak selepas mereka tengok anda busking.

 

Busking ni bagus. Ia melatih anda untuk perform dalam durasi masa yang lama. Kadang-kadang ada majlis yang anda perlu perform dalam 20-30 lagu. Larat? Kalau siapa yang tak biasa, memang lemau. Serius!

 

Busking juga ajar kita bagaimana nak hilangkan rasa malu bila kita berhadapan dengan orang ramai. Masa anda busking, ramai yang lalu lalang. Ada yang tengah jalan berhenti sekejap tengok anda nyanyi. Ada yang lalu je tak pandang langsung. Ada juga yang sejenis lalu depan anda kemudian pandang sinis. (Kami pernah kena.)

 

Kita berhadapan dengan pelbagai ragam orang. Dari situ kita belajar bagaimana nak berkomunikasi dengan pendengar/audience.

 

Masa busking, kalau anda nyanyi tak best, memang tiada orang nak berhenti tengok anda nyanyi walaupun tempat anda busking tu ramai orang.

 

Anda perlu lalui proses ini. Kalau anda tak lalu, anda tak tahu apa yang orang suka dengar. Kita rasa kita perform dah best, lagu-lagu yang kita nyanyi dah best. Sekali..Tak rupanya!

 

Dari situ kita boleh bereksperimen. Cuba lagu ini, lagu itu.. lama-lama kita akan tahu, lagu mana yang orang akan suka.

 

Dapat belajar sesuatu tak dari tulisan saya ni?

 

Kalau dapat sesuatu, bantu saya kongsikan pada rakan-rakan anda yang lain. Supaya mereka juga dapat manfaat dari tulisan saya ni. 😉

 

Klik sini jika anda SERIUS nak belajar bagaimana nak jadi penyanyi yang TAK TERKENAL, tapi boleh BUAT DUIT!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *