5 Akaun Medial Sosial Yang Anda Perlu Kuasai Untuk Bina Nama Anda.




5 Akaun Medial Sosial Yang Anda Perlu Kuasai Untuk Bina Nama Anda.

Aplikasi Media Sosial sangat memberikan impak kepada pengguna di Malaysia malah di seluruh dunia. Ramai bakat-bakat baru di Malaysia ini menjadi penyanyi yang terkenal hanya dengan media sosial sahaja. Melalui media sosial juga seabagai medium mudah untuk syarikat rakaman membuat pilihan memilih bakat-bakat baru untuk dijadikan artis bernaung dibawah syarikat mereka.

 

 

Bukan itu sahaja, mana-mana organisasi yang berminat untuk menawarkan khidmat persembahan nyanyian, mereka semua membuat carian di media sosial sahaja.

 

 

Kerana ianya mudah untuk di akses. Hanya perlu buat carian sahaja di Google. Sekejap sahaja sudah jumpa.

 

 

Sebagai contoh, jika saya hendak buat carian penyanyi yang boleh menyanyikan lagu Naim Daniel, Saya hanya perlu type sahaja “Naim Daniel Cover”, YouTube akan buatkan carian untuk saya. Thumbnail mana yang muncul paling atas, saya akan klik dahulu.

 

 

Menggunakan medial sosial dengan betul ada caranya. Anda perlu belajar. Anda boleh hadiri mana-mana kelas yang berkaitan. Tidak rugi pun jika anda hadiri kelas-kelas seperti itu. Yang ruginya, jika pergi kelas, tapi tak praktikkan. 😉

 

 

Artikel kali ini saya kongsikan serba sedikit, 5 akaun medial sosial yang anda perlu kuasai jika anda nak bina nama anda, kumpul pengikut dan juga peminat.

 

 

# 1 Facebook

Rata-rata anda memang sudah pun anda akaun Facebook, kan? Persoalannya adalah, bagaimana anda bermain dengan akau Facebook anda? Apa status yang anda kongsikan? Apa perkara yang anda sering kongsikan? Anda klik “like” dan “comment” di video atau status yang bagaimana?

Muat naik status yang berkaitan dengan bidang anda. Sebagai contoh, jika anda pemuzik. Anda boleh muat naik status tip cara penjagaan gitar. Anda juga boleh kongsikan video-video gitar cover rakan anda yang lain. Anda banyakkan “comment” atau “like” pada perkara yang berkaitan dengan muzik. Gunakan Bahasa kasual.
Matlamat : Anda posisikan anda sebagai seorang pemuzik.

 

 

#2 Instagram

Di Instagram, anda boleh memuatnaik video berdurasi 1 min. Nak muatnaik video yang lebih Panjang pun boleh, kerana Instagram sudah ada InstaTV. Muat naik video-video anda.

Anda boleh buat muatnaik video-video cover anda. Jika anda tak tahu bagaimana caranya, disini saya ajarkan Cara Buat Video Lagu Cover Hanya Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

 

#3 YouTube

Di YouTube juga anda boleh muat naik video cover anda. Cumanya, anda perlu pelbagaikan lagi konten. Tidak semestinya hanya video cover sahaja.

Sebagai contoh, mungkin anda boleh cuba untuk muatnaik video anda pergi ke kelas vokal, atau anda kongsikan pada penonton video-video anda berbincang tentang muzik dengan rakan anda yang lain.

Pelbagaikan konten. Pastikan konten yang anda muat naik mesti berkaitan dengan bidang yang anda ceburi.

media sosial




#4 Twitter

Kuasa viral yang paling pantas sekarang adalah Twitter. Kalau anda lihat, jika ada isu yang viral di Facebook sekali pun, ianya datang dari Twitter. Ramai yang viral kan thread dari Twitter yang di”printscreen” kemudian muatnaik ke Facebook.

Ini menunjukkan, dari segi kecepatan sesebuah isu itu viral adalah disebabkan pengguna=pengguna Twitter. Jadi, anda juga boleh manfaatkan sepenuhnya.

 

 

#5 TikTok

Pernah guna TikTok? Jika belum , anda boleh cuba. TikTok mendahului keempat-empat media sosial yang saya sebutkan tadi. TikTok memang tersangat “trending” sekarang. Ianya masih panas!

Walaupun masyarakat umumnya berkata trend-nya hanya sementara dan bersifat musim, tapi tak salah untuk gunakan sewaktu tengah panas. Waktu inilah kita nak rebut pelunag untuk naikkan nama kita melalui aplikasi ini.

 

Kesemua aplikasi media sosial ini ibaratnya askar. Jika kita berada di medan perang, kita nak menang di pertempuran perlukan berapa ramai askar? Jika askar kita hanya ada satu sahaja, bagaimana nak menang? Mesti perlu ramai askar kan?

Sebab itu, strategi yang anda perlukan sekarang adalah ramai kan askar. Banyakkan aplikasi media sosial anda. Baru boleh menang!

MUAT TURUN RAHSIA JANA PENDAPATAN MELALUI LAGU YANG ANDA CIPTA! – KLIK SINI.

Anda suka dengan artikel kami? Daftar secara PERCUMA dan dapatkan notifikasi terus ke Email & Whatsapp.




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *