Lagu Best Tapi Tiada Orang Dengar?




Dalam nak menghasilkan sesebuah lagu, memang menjadi keutamaan kita adalah untuk menghasilkan lagu yang berkualiti.

 

Kualiti yang bagaimana?

 

 

Rakamannya vokal, dan instrument yang baik.

Adunan yang seimbang dan jelas setiap instrument dalam lagu.

Susunan lagu yang kreatif.

Dan macam-macam lagi factor sesebuah lagu itu dinilai kualitinya. Melodi dan lirik yang bagus juga dikira lagu yang berkualiti.

 

 

Umumnya, kualiti ini subjektif dan berbeza. Lain orang dengar, lain penilaian kreatif pada sesebuah lagu itu.

 

 

Tetapi, masalah utamanya sekarang, adakah cukup sahaja kualiti dan bagus ini? Kenapa pendengar masih belum dengar lagu kita? Apa puncanya?

 

Sebenarnya, apa yang mempengaruhi pendengar untuk mendengar lagu kita?

 

Disini, kita kena kaji serba sedikit apa tingkah laku pendengar muzik sebelum mereka memilih untuk mendengar lagu kita.

 

Kita perlu tahu bagaimana pendengar nak dengar lagu kita. Dengan cara..

 

#1 Buat survey

Dalam artikel sebelum ini, banyak kali juga kami tekankan pentingnya untuk membuat konten (Video cover) di YouTube, Instagram dan Facebook.

Melalui video cover yang kita muatnaik, kita boleh berinteraksi dengan mereka yang tonton video cover kita. Dari situ kita buat sedikit pertanyaan kepada mereka.

Sebabnya adalah untuk:

1. Kita tahu pendengar suka kita nyanyi lagu apa, genre yang bagaimana, stail nyanyian, dan lain-lain.
2. Supaya kita ada “connection” dengan pendengar.
3. Supaya kita berjaya jadi pilihan pendengar berbanding penyanyi (lagu) lain.

 

Melalui survey, kita dapat maklum balas dari pendengar, DAN kita akan dapat idea serba sedikit lagu yang bagaimana kita nak riliskan nanti.

Tidak semestinya kita perlu dengar dan ikut bulat-bulat pendapat pendengar kita. Tetapi sekurang-kurangnya, kita dapatlah “tackle” sikit pendengar setia kita.

lagu best tapi tiada pendengar




#2 Memahami tindakan pendengar

Kita perlu faham proses orang yang mendengar lagu bagaimana.

A. Fasa awal – Pendengar perlu tahu

Ini fasa untuk pendengar muzik tahu akan kewujudan kita sebagai penyanyi dan kewujudan lagu yang bakal kita riliskan.

Jika pendengar tak tahu kewujudan kita, memang mereka susah nak dengar lagu kita.

Cara yang anda boleh lakukan adalah melalui teaser.

Teaser memainkan peranan yang besar dan impak kepada pendengar. Melalui teaser, ia akan membuatkan pendengar rasa tak sabar dan teruja.

Sebelum anda rilis lagu anda, pastikan 1 atau 2 bulan sebelum, anda sudah wawarkan akan kemunculan lagu anda.

Sebagai contoh :
Sebelum filem di tayangkan di pawagam, mereka akan keluarkan trailer untuk filem mereka kan? Dalam trailer itu, akan diperkenalkan siapa pelakon, kisah filem itu, bila akan ditayangkan.

Minat orang untuk tonton filem itu akan muncul di fasa ini.

 

B. Pendengar mula mencari informasi anda

Apabila pendengar muzik sudah tahu kewujudan anda, disni pentingnya konten yang konsisten. Dalam proses ini, pendengar akan stalk anda. Mereka akan cari sebab kenapa mereka ikut konten anda.

Akaun media sosial anda mesti dalam keadaan yang sedia. Bila mereka lihat akaun media sosial anda, hanya ada satu dua sahaja video cover, ini tidak cukup membuatkan mereka untuk ikut anda.

 

C. Pendengar akan menilai anda

Mereka sudah cukup informasi tentang anda di proses yang sebelum ini. Di proses ini, mereka mula menilai anda. Samada anda ini menepati kriteria mereka atau tidak.

Contoh kriteria mereka mungkin adalah ini:

– Nyanyi sedap atau tak
– Berkarisma atau tak
– Presentable atau tak

Lain orang, lain citarasanya. Ada pendengar memang tak kisah kalau muka tak berapa nak kacak, yang penting lagu dan suara sedap. Ada juga pendengar yang menilai dari segi keterampilan. Presentable atau tidak.

Lain orang, lain kriteria.

 

D. Mereka akan follow kita!

Di fasa ini, pendengar akan membuat pilihan berdasarkan kriteria mereka. Jika berkenan, mereka akan ikut rapat anda. Itu bermakna mereka suka anda dan konten anda. 😊

Bila mereka sudah mula suka, lebih mudah untuk anda menjual (dalam konteks beli lagu dalam bentuk CD/Stream/tontonan Youtube/dan lain-lain).

 

KETAHUI CARA UNTUK MEMASARKAN LAGU ANDA – KLIK SINI!

Anda suka dengan artikel kami? Langgan kami sekarang dan dapatkan Ebook PERCUMA! – Klik Sini untuk Langgan




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *