Sebelum Nak Rilis Lagu, 3 Fasa Penting Dalam Pemasaran Yang Penyanyi Kena Tahu




3 fasa pemasaran yang penyanyi kena tahu

Anda ada lagu Single terbaru yang anda sudah riliskan dalam pasaran, tetapi sambutan tidak begitu baik? Tak ramai yang nak dengar lagu anda?

 

Anda sudah pun muatnaik di YouTube, Spotify, iTune dan digital platfom yang lain tetapi masih kurang pendengar dan tontonan.

 

Sebenarnya, memang susah.

 

Ya! Memang susah. Nak bagi lagu hit memang susah.

 

 

Ia bukannya mudah seperti yang disangka..

“..cipta lagu, kemudian rakam lagu di studio, kemudian muatnaik, kemudian mengharapkan ianya viral…”

 

 

Ini permainan jangka masa panjang. Bukan sehari dua punya plan. Ianya memakan masa yang lama.

 

Artikel ini kami kongsikan sedikit 3 fasa penting dalam pemasaran yang penyanyi kena tahu.

 

Kami kerap menggunakan istilah PEMASARAN dalam artikel-artikel kami. Bab pemasaran ini, anda tak boleh lari. Nak atau tak nak, suka atau tak suka anda kena hadap dan belajar juga serba sedikit tentang pemasaran, supaya setiap tindakan dan gerak kerja berada di landasan yang betul.

 

 

Fasa #1 – Orang Kena Kenal dan Tahu Anda Siapa

Fasa pertama ini adalah fasa dimana penggemar muzik, pendengar muzik, pencinta muzik dan yang berkaitan dengannya, kena tahu anda siapa.

 

Anda tak boleh terus mengharapkan orang nak dengar lagu anda tanpa orang kenal anda. Fasa ini yang perit. Tapi penting. Sebab itu fasa ini di step yang pertama sekali.

Macam mana cara orang nak kenal kita?

 

Caranya adalah dengan KONTEN.

 

Buat konten.

 

Buat video cover di YouTube. Buat video cover pendek di Instagram. Buat video cover di Facebook.

Kongsi dan muatnaik status, video atau gambar yang berkaitan dengan nyanyian.

 

Tujuan adalah untuk posisikan anda sebagai seorang penyanyi. Lakukan secara konsisten. Berulang-ulang kali.




 

Fasa #2 – Buat Orang Ingat Anda

Sekadar kenal sahaja belum cukup. Orang mesi ingat anda. Orang mesti ingat nama anda. Sekiranya kita buat konten secara konsisten, orang akan lebih mudah ingat anda.

 

Contoh paling mudah yang saya boleh berikan adalah, iklan Trivago.

 

Masa mula -mula Trivago masuk dalam pasaran, berapa kali iklan Trivago keluar di TV? Banyak kali kan? Berbulan-bulan iklan tu keluar TV. Memang melekat betul iklan tu dalam kepala kita.

 

Itulah kesan “pengulangan” dalam iklan membuat kan orang ingat pada kita.

 

Dalam konteks yang kita sedang bicarakan ini, konten kita perlulah :

– Kualiti (Video cover yang baik. Nyanyian kita juga baik dan bagus).
– Berinformasi (jika konten berbentuk tips, cara atau kaedah)

 

Jika konten kita menepati ciri-ciri diatas, lebih mudah untuk membuatkan orang ingat kita.

 

 

Fasa #3 – Buat Orang Suka Dengan Anda

Selepas anda berjaya membuat orang kenal anda, proses tak terhenti disitu sahaja. Anda mesti buat orang suka dengan anda.

 

Bila orang suka anda, lebih mudah untuk anda pancing mereka untuk dengar dan beli lagu anda.

 

Kajian membuktikan manusia membuat membeli atas sebab emosi.

 

Suka itu adalah emosi. Orang suka dengan anda, orang dengar lagu anda.

 

Cara untuk buat orang suka ni agak subjektif. Pendengar ni ada macam-macam. Ada orang suka anda sebab suara bileh nyanyi key tinggi-tinggi. Ada orang suka anda sebab lagu. Anda orang suka anda sebab suara anda.

 

Yang penting, semasa dalam proses membina konten, jangan kerap sangat untuk menjual dan promote lagu anda. Biar secara soft selling. Kalau terlalu promote nanti orang tak suka.

 

Cara terbaik adalah dengan memberikan nisbah konten dan promote, 6 : 1. Bermaksud, untuk setiap 6 kali konten yang anda buat, anda boleh promote 1 kali.

 

 

Semoga bermanfaat 😊

 

ANDA ADA LAGU YANG BELUM ANDA RAKAM? KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT !

Klik SINI untuk muat turun rahsia Komposer dan Penulis lagu menjana pendapatan melalui royalti.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *