COVID-19 : Apa Usaha Yang Kita Boleh Lakukan Sebagai Pengkarya Muzik?




stay home stay safe

Penularan Wabak COVID-19 di Malaysia dilihat masih belum reda. Kerisauan dalam kalangan masyarakat semakin meningkat jika dilihat angka yang terkesan dengan wabak semakin meningkat.

 

Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan wabak terus merebak.

 

Kesan daripada wabak ini kita dapat lihat banyak acara-cara besar ditangguhkan. Bagi penyanyi dan pemuzik yang terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti seperti persembahan Busking, persembahan di restoran-restoran dan hote-hotel, dan program-progaram TV turut sama terkesan.

 

Pendapatan mereka secara tidak langsung terjejas sama sekali. Undangan persembahan di majlis dan event terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan.

 

Walaubagaimanapun, kita tetap perlu meneruskan kehidupan dalam masa yang sama menjaga kesihatan dan meningkatkan tahap penjagaan kebersihatan diri kita.

 

4 Usaha yang anda boleh lakukan sebagai pengkarya bagi mendepani Wabak COVID-19.

 

#1 Banyakkan Berdoa

banyakkan berdoa

Bagi penganut yang beragama Islam, banyakkan berdoa. Doa adalah senjata bagi umat Islam. Doakan supaya kita semua diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan kita.

 

#2 Merancang kewangan

rancang kewangan

Rancanglah kewangan anda sebaiknya. Ada beberapa rakan-rakan kita diluar sana yang dipotong gaji, diberhentikan kerja sementara tanpa gaji. Beli barang ikut keperluan dan mencukupi sahaja.

Bantu rakan-rakan, kenalan, keluarga rapat dan saudara handai jika mereka memerlukan bantuan.




 

#3 Lakukan Aktiviti

lakukan aktiviti

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda disarankan untuk berada dirumah masing-masing. Lakukan aktiviti-aktiviti kecergasan sekadar yang boleh bagi memastikan tubuh badan anda cergas.

Selain itu, cuti peluang ini untuk tambah baik kemahiran yang anda kuasai. Jika anda seorang pemuzik, waktu ini adalah waktu untuk anda tajamkan lagi skil permainan gitar anda.

 

#4 Fokus kepada Konten

fokus kepada konten

Konsisten dan fokus kepada konten-konten yang anda bina. Sebarkan manfaat kepada penonton melalui video-video anda.

Kami dari Longan Garage Studio mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda. 😊

 

BERMINAT UNTUK RAKAM LAGU? KLIK SINI UNTUK KETAHUI HARGA & DENGAR KUALITI RAKAMAN KAMI!

Anda suka dengan artikel kami? Daftar sini secara PERCUMA & dapatkan tip Rahsia Komposer dan Pencipta Lagu menjana pendapatan royalti lagu.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *