Inilah Masa Yang Sesuai Untuk Anda Mula Buat Video YouTube – 3 Sebab


inilah masanya untuk anda buat video youtube




Di seluruh dunia boleh dikatakan semuanya sedang menjalani perintah berkurung. Kita semua kena duduk dirumah atas sebab wabak Covid-19 yang kian membimbangkan.

 

Banyak kedai-kedai, perniagaan, penjawat awam dan swasta, terutamanya yang menjalankan perniagaan sendiri perlu berhentikan operasi buat sementara waktu. Akibatnya, punca pendapatan terjejas.

 

Jadi, bagaimana kita nak menghadapi situasi ini dengan sudut pandang yang positif?

 

Salah satu caranya adalah dengan membuat video di YouTube. Satu-satunya “kerja” yang boleh buat kerja dirumah, tidak perlukan peralatan yang hebat-hebat, boleh guna apa sahaja yang ditangan. Tidak perlu berjumpa mana-mana orang. Hanya perlu berkurung dirumah. Dalam masa yang sama anda boleh jana pendapatan. Menarik?

 

Baik. Ini 3 sebab kena sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda mula buat video YouTube.

#1 Semua orang duduk rumah

Atas sebab perintah kerajaan untuk memastikan semua orang duduk rumah, inilah peluang yang kita kena rebut. Ini bermaksud, rata-rata orang akan luangkan masa dengan telefon masing-masing.

 

Mereka akan layari media sosial yang lain, termasuk YouTube. Cuba akan kira berapa jam anda luangkan masa dalam sehari (sejak perintah berkurung dikenakan) melayari YouTube?

 

Saya sendiri habiskan masa berjam-jam dalam masa sehari. Cuba bayangkan, berapa ramai pula orang yang kena kurung dalam rumah? Ramaikan? Rebut masa ini untuk dapatkan penonton dan pengikut.

 

#2 Bila lagi nak buat?

Habis tu, bila lagi nak buat? Sekarang lah masanya. Untuk mereka yang belum buat, buat!

 

Yang sudah buat, ini lah masanya untuk tambah lagi video-video baru. Jangan bazirkan masa anda dengan buat benda bukan-bukan. Mulakan dahulu dengan 1 video.

 

“saya malulah..”

“…Ala…Tak reti la nak buat…”

“…tak nak lah buat.. buat kena kecam je nanti…”

“…tapis aya tak pandai..”

 

Kalau rasa malu, buat 1 dulu video dahulu untuk hilangkan rasa malu. Saya ingat lagi masa video pertama yang kami rakam.

 

Kekok habis. Cakap berterabur. Blur. Cakap pun suara getar-getar.

 

Tapi kami buat je. Malu sebab kita pernah buat. Kita tak biasa. Sedar tak sedar, dah berates video kami buat. Perasaan mal utu dah hilang. Dari segi kemahiran bercakap, masih lagi biasa-biasa. Tapi lantaklah. Buat sahaja.




#3 Peluang jana pendapatan

Ada orang yang diberhentikan kerja. Ada orang dapat separuh gaji dari biasa. Yang meniaga dan bekerja sendiri, tak dapat nak meniaga dan pendapatan terjejas.

 

Jadi dengan buat video, bolehlah jana pendapatan sikit. Ya! Memang memakan masa yang lama, tetapi ianya berkesan dan berhasil. Dapat banyak atau sikit pendapatan, dah tak penting dah. Yang penting dapat. Dari tak dapat langsung?

 

Cuba berikan saya satu model perniagaan buat masa sekarang yang boleh buat kerja dari rumah, tak perlu jumpa orang, tak perlu modal?

 

Tiada kan?

 

Anda hanya perlu buat video yang menarik dan memberikan manfaat pada orang. Buat simple sahaja. Bagi ada sahaja dulu. Lakukan dahulu 1 video. Kemudian esok, buat lagi satu video lagi. 😊

 

KETAHUI CARA NAK “MONETIZE” AKAUN YOUTUBE ANDA – KLIK SINI!

Anda suka dengan artikel kami? Langgan kami secara percuma dan dapatkan notifikasi terus ke Whatsapp & Email anda – Klik Sini!

 




 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *