4 Aplikasi Percuma Untuk Anda Yang Minat Muzik




Anda seorang yang minat mendengar muzik, kompos lagu, mahupun menyanyi? Zaman sekarang sangat mudah untuk akses aplikasi yang berkaitan dengan minat anda. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Anda boleh muat turun sahaja aplikasi ke telefon pintar anda.

 

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda 4 aplikasi percuma yang anda patut muat turun.

 

Spotify

Spotify

Aplikasi Spotify ini antara aplikasi yang wajib untuk anda. Ianya trending dan sehingga sekarang, sudah lebih dari 500 juta pengguna seluruh dunia.

 

Macam-macam lagu ada! Aplikasi ini sangat sesuai untuk anda sebagai perpustakaan lagu untuk mereka yang bukan sahaja untuk mendengar lagu, tetapi juga untuk mereka yang ingin mencari idea, atau rujukan lagu.

Aplikasi ini boleh digunakan percuma, cumanya ada iklan dan anda tak boleh skip lagu. Saya sarankan anda guna yang berbayar. Yuran bulanan serendah RM15/bulan. Sangat berbaloi.

 

BandLab

BandLab

Aplikasi ini juga tidak kurang hebatnya. Sehingga sekarang lebih kurang 5 juta pengguna yang telah muat turun.

 

Bandlab memudahkan anda untuk mencipta muzik sendiri dan juga anda boleh bekerjasama dengan pengguna lain bagi menghasilkan muzik yang anda inginkan.

 

Aplikasi ini juga sangat sesuai untuk anda yang nak rakam vokal. Klik sini untuk belajar cara.




Amuse

amuse

Aplikasi Amuse adalah sebuah aplikasi pengedaran atas talian (digital music distribution). Ianya percuma! Selepas lagu anda telah siap dirakamkan, selain anda muatnaik ke YouTube, anda juga boleh cuba menggunakan Amuse.

 

Aplikasi ini membantu anda muat naik lagu anda ke platform Spotify. Royaltinya, 100% milik anda. Kami pernah kongsikan dengan anda di artikel sebelum ini tentang Amuse. Klik untuk ke pautan artikel tersebut.

 

Smule

smule

Anda tidak lagi perlu ke pusat karoke untuk nyanyi lagu kegemaran anda. Anda guna sahaja aplikasi ini, dan anda boleh kongsikan video nyanyian anda kepada rakan-rakan anda yang lain.

Aplikasi ini juga boleh digunakan secara percuma. Cumanya, kalau berbayar anda akan dapat akses penuh di Aplikasi ini.

Uniknya Smule ini, anda boleh berduet dengan artis kegemaran anda!

 

arrow

ANDA MINAT MENCIPTA LAGU? TIBA MASANYA ANDA RAKAM LAGU YANG ANDA CIPTA – KLIK SINI!

Klik untuk muat turun RAHSIA pencipta lagu dan penulis lirik jana pendapatan melalui royalti –  Muat turun SEKARANG!




 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *