Media Sosial . Bagus atau tidak untuk pengkarya?

Apa itu Media Sosial? Ianya merupakan satu rangkaian komunikasi atas talian (online) yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia.

media sosial bagus atau tidak

Sebelum datangnya media sosial yang kita ada sekarang ini, radio, televisyen, dan surat khabar adalah medium yang digunakan pada ketika itu. Walaupun ianya masih digunakan sekarang, tetapi tidak dapat dinafikan Media Sosial lebih hebat kesan dan fungsinya kerana tiada limitasi dan kepantasan maklumat yang kita boleh terima melalui media sosial.




Sebagai orang yang meminati seni muzik dan pengkarya khususnya, bagaimana kita nak ambil manfaat dari kewujudan media sosial ini?

 

Walaupun ramai juga masyarakat beranggapan media sosial mempunyai keburukan, tetapi, jika diuruskan dan digunakan dengan betul, ianya memberikan manfaat yang lebih besar.

 

#1 Perkongsian minat

perkongsian minat

Hanya dengan beberapa “klik” sahaja kitab oleh dapat rakan dan kenalan yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Sebagai contoh di Facebook, begitu banyak group terbuka dan tertutup yang wujud bagi mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama.
Anda minat menyanyi? Cari sahaja di Facebook, ada banyak group yang mempunyai minat sama dengan anda.

 

#2 Penjenamaan diri

penjenamaan diri

Penjenamaan diri atau Personal Branding adalah cara bagaimana kita nak posisikan diri kita dalam media sosial. Dengan kata lain, personal branding ini adalah : Orang kenal kita sebagai apa? Siapa?




Bagaimana nak mmebina personal branding di media sosial? Caranya adalah :

  • Jangan guna nama samaran. Guna nama sebenar.
  • Jangan guna foto profail lain. Guna gambar sebenar anda.
  • Kongsi (share) posting Facebook yang konten nya berkualiti dan berkaitan dengan posisi anda.
  • Tukar gaya penulisan. Gaya penulisan yang bagus menggambarkan peribadi dan personaliti anda.

 

#3 Membina jaringan (networking) baru

membina jaringan networking baru

Melalui media sosial, kitab oleh membina jaringan (networking) kita sendiri. Kita bebas untuk pilih siapa yang akan jadi rakan di media sosial kita. Kita bebas Follow siapa orang yang kita nak.

 

Jika anda seorang yang berbakat dalam nyanyian dan ingin menjadi seorang penyanyi? Siapa yang anda nak berkawan (Add Friend) ? Pemilik studio rakaman? Pemilik Syarikat Label? PR Label? Komposer ternama? Pengikut anda?

 

#4 Dapat klien/prospek/pelanggan

dapat klien prospek pelanggan

Selepas anda lakukan point nombor #2 dan #3, anda rasa, mudah ke susah untuk dapatkan klien?
Sebagai contoh : Anda nak dapat job menyanyi untuk buat jana pendapatan sampingan, bukan ke lebih mudah untuk anda dapat job melalui media sosial?




Sebab itu, jika kita guna media sosial ini dengan cara yang betul dan berstrategi, ianya sangat tak mustahil. Anda perlu konsisten dan buat dengan cara yang betul.

 

Anda belajar sesuatu dari perkongsian kami? 😊

 

arrow

BERMINAT UNTUK KEMBANGKAN BAKAT MENCIPTA LAGU DAN MENYANYI ANDA? KLIK SINI

Muat turun cara bagaimana untuk jana pendapatan melalui lagu yang anda cipta sendiri. klik sini! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *