Cara yang betul menulis & Bertanya kepada Syarikat Rakaman, Studio Rakaman..




“..Saya nak hantar lagu yang saya cipta dekat penerbit muzik tu. Saya dah whatsapp, email, direct message, private message, tapi semua tak berbalas… “

 

Anda pernah alaminya?

 

Punyalah banyak hantaran mesej yang anda hantar, 1 pun tak berbalas? Bagi bluetick je?

 

Mungkin cara kita menulis apabila nak menhantar mesej, bertanya, atau pesanan tidak berapa betul. Menjadikan si penerima merasa anda tidak serius, tidak genuine, dan tidak professional.

 

Nak menulis, ada adab dan caranya. Dari penulisan yang kita tulis, sedikit sebanyak mencerminkan peribadi seseorang itu.

 

Menulis adalah mudah dan senang. Tetapi, cara nak menulis itu, boleh memberikan kesan yang besar kepada si penerima. Jika menulis dengan cara yang baik, impaknya juga baik.




Pengalaman kami, , banyak kami terima whatsapp , mesej mahupun email yang ingin bertanyakan sesuatu berkenaan rakaman lagu, cipta lagu, nyanyian, perkara berkaitan dengan muzik, atau berkongsi maklumat dengan kami.

 

Disini kami ingin kongsikan sedikit tips untuk anda cara yang betul dan berkesan menulis, dan bertanya.

 

#1 Perkenalkan diri

perkenalkan diri

Sekiranya anda baru pertama kali ingin bertanya atau menghantar mesej kepada seseorang, jangan lupa untuk perkenalkan diri anda. Beritahu nama anda,

Contoh –

Salam Tuan/Puan. Saya Alif dari Sabah. Saya ingin…….

 

#2 Tujuan

 

Pastikan anda beritahu tujuan kenapa anda menghantar mesej. Jika anda ingin bertanyakan soalan, beritahu soalan yang anda ingin tanya itu dengan ayat yang lengkap. Lengkap tak semestinya berjela. Cukup dengan soalan yang ringkas dan tepat.

Contoh –

Saya ingin bertanyakan soalan tentang rakaman suara. Boleh saya tahu, berapa bayaran yang tuan charge sekiranya…….

 

#3 Guna perkataan dan ejaan yang betul

Elakkan dari menggunakan perkataan yang terlalu singkat sehingga sukar si penerima nak faham. Jika si penerima tak faham apa yang anda tulis, bagaimana mereka nak respon pertanyaan atau mesej anda?

bersikap sopan

Bukan tak boleh nak tulis singkat, tetapi, anda kena ingat. Kalau sudah kenal tak mengapa. Tapi kalau baru pertama kali berhubung, sangat tidak sesuai.

 

#4 Bersikap sopan

 

Elakkan dari menggunakan perkataan yang mempunyai unsur kesat, kasar, melampau dan sebagainya. Si penerima sangat suka jika yang bertanya menulis dengan nada yang baik dan bagus, ayat yang tersusun, menggunakan laras Bahasa yang sesuai.

 

Tips diatas boleh digunapakai untuk sesiapa sahaja dan bersifat umum. Untuk pertama kali anda menghantar mesej atau bertanya kepada seseorang, sangat digalakkan untuk anda aplikasikan tips yang kami kongsikan ini.




Kalau anda dah kenal lama atau memang sudah pernah berjumpa, itu tak mengapa. Bolehlah guna ayat yang lebih relaks dan santai. 😀

 

arrow

KLIK SINI JIKA ANDA SUDAH MEMPUNYAI LAGU DAN INGIN RAKAM LAGU ANDA 

Muat turun rahsia bagaimana Komposer & Penulis Lirik Jana Pendapatan melalui Royalti – PERCUMA!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *