Video adalah salah satu medium yang sangat berkesan dan tidak asing lagi dengan trend sekarang. Rata-rata pengguna media sosial akan luangkan masa untuk menonton video-video yang mereka minati.
Kepada bakat-bakat baru / penyanyi / pencipta lagu yang baru nak berjinak dalam dunia muzik, anda kena teroka medium yang sangat berkesan ini.
Ada 5 sebab kenapa anda kena buat video
#1 Cara paling praktikal
Guna video adalah cara paling praktikal dan berkesan untuk “impress” penonton anda. Sebagai contoh, jika anda nak perdengarkan lagu demo anda kepada syarikat rakaman. Kalau sebelum ini, ramai yang bagi dengar lagu demo guna audio. Tetapi, cuba anda buat sedikit kelainan, gunakan video. Video yang cantik, kemas dan style mampu mempengaruhi mereka yang menonton.
#2 Boleh kenal Penyanyi
Jika anda buat video, penonton boleh kenal dan tengok siapa penyanyinya. Salah satu kreteria sebagai penyanyi yang bagus adalah, tidak kekok, tidak malu-malu depan kamera. Jika anda nak “propose’’ lagu anda kepada syarikat rakaman, ini salah satu kreteria yang mereka lihat.
#3 Mudah
Mudah sahaja buat video. Tak susah pun. Terlalu banyak software editing video yang ada di pasaran untuk anda guna. Tutorial cara nak guna pun banyak. Cari sahaja di YouTube. Berlambak!
#4 Strategi membina follower
Fakta yang tak dapat kita sangkal adalah, manusia suka ikut manusia. Maksudnya disini, kalau orang tak kenal anda, bagaimana mereka nak ikut anda. Sebab itu, cara nak memperkenalkan diri anda adalah dengan menggunakan video. Dari situ anda akan mula membina follower sedikit demi sedikit.
#5 Audio VS Video
Anda boleh sahaja kongsi lagu anda kepada rakan-rakan/prospek anda dengan menggunakan mp3. Tapi, jika buat dengan video, ianya lebih menarik. Jika menggunakan audio, anda hanya “tackle” satu pancaindera manusia, iaitu telinga. Kenapa tidak anda guna dua pancaindera iaitu mata dan telinga. Bukankah lebih memberi kesan?