“..Bang, boleh ke saya cari makan dengan menyanyi, main muzik je..?”
Kami pernah ditanya soalan ini. Main muzik sepenuh masa, boleh jadikan sebagai kerjaya ke? Anda rasa? Boleh ke?
Sahabat yang bertanya ni, memang dia teringin sangat nak tahu. Sebab dia selalu dengar orang sekeliling kata. Main muzik ni tak menentu. Kadang-kadang cukup makan. Ada naik turun.
Sebenarnya, apa bidang yang kita ceburi pun, sama sahaja. Ada naik dan ada turun.
Sebelum kita teruskan, kita fahamkan dulu, apa maksud soalan di atas.
Main Muzik boleh jadikan kerjaya atau tak?
Apa maksud kerjaya? Jika rujuk maksud dalam kamus Bahasa Melayu, Kerjaya membawa maksud profesion, atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara untuk mencari nafkah.
Dalam isu yang kita nak bincangkan ini, persoalan yang timbul adalah :
Boleh ke cari nafkah/dapat pendapatan melalui main muzik/menyanyi/menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan muzik?
Jawapannya adalah : Ya! Boleh.
Ada 2 cara.
Cara #1 : Kerja bergaji
Cara ini, sama seperti kerjaya dalam bidang lain. Kerja dalam kerajaan atau swasta. Jika anda pilih cara ini, lebih stabil dan kurang risiko berbanding cara yang kedua.
Anda akan dapat gaji tetap. Tiap-tiap hujung bulan, duit gaji masuk. Walaupun anda dapat gaji tetap, tetapi seberapa “keras” dan “teruk” anda bekerja, banyak itu jelah yang anda dapat.
Cara #2 : Bekerja sendiri
Cara yang kedua ini mencabar sikit. Umpama anda bekerja sendiri. Bayaran yang anda dapat bergantung kepada setiap projek. Kalau bulan itu banyak projek, banyaklah jualan anda. Kalau kurang, kuranglah jualan anda.
Jika anda pilih cara bekerja sendiri sebagai kerjaya anda, ada banyak faktor penentu kerjaya anda itu boleh bertahan lama atau tidak.
Banyak perkara yang anda kena belajar. BIla anda bekerja sendiri, umpama anda membuat bisnes. Cara fikir anda pun kena berfikir sebagai seorang usahawan/bisnes.
Anda kena belajar cara nak buat pemasaran, membuat jualan, cara urus aliran tunai (cashflow), cara urus dan kira kos, dan lain-lain lagi. Ianya makan masa untuk anda mahir dan faham.
Tetapi, untuk permulaan, tidak perlu anda kena tahu semua. Cukup anda faham bagaimana untuk membuat pemasaran dan jualan pun sudah cukup bagus.
Sebagai contoh : Anda ada bakat menyanyi.
Untuk permulaan, anda boleh mula belajar untuk membuat pemasaran yang berkesan. Tujuan membuat pemasaran ini adalah untuk tarik perhatian golongan sasaran dan mewujudkan minat mereka sehingga mereka menjadi pelanggan kita.
Jika anda ada bakat menyanyi, anda memilih nak jadi penyanyi untuk majlis-majlis kahwin, korporat dan sebagainya.
Jadi, tujuan pemasaran tersebut adalah untuk pastikan pegawai-pegawai korporat, pasangan yang baru nak berkahwin, ibu-bapa yang ada anak nak kahwin, Event organizer, ataupun staf syarikat yang nak buat majlis akhir tahun, tahu kewujudan dan servis anda dan berminat untuk jemput anda.
Apabila pemasaran anda sudah mula memberikan hasil, barulah jualan pun terhasil. Dari situ anda dapat pendapatan anda.
BERMINAT NAK JADIKAN MUZIK SEBAGAI KERJAYA? MUAT TURUN EBOOK DISINI !
Anda nak dapatkan tips/info tentang muzik secara berkala terus ke email & whatsapp anda? Daftar Percuma disini.