Lagu yang viral, belum tentu bagus. Ini ciri-ciri lagu yang bagus.




Tak semestinya lagu tu viral, famous, ramai yang tonton dan stream semestinya lagu tu bagus. Jika kita pandang dari sudut lagu tersebut, bukan jumlah tontonan dan pendengar dijadikan sebagai ukuran.

 

Memang ada lagu yang bagus mendapat jumlah tontonan dan ramai pendengar yang ramai, yang ini kita tak nafikan. Cumanya, kita perlu lihat dan nilai seadilnya apabila kita nak justifikasikan sebagai lagu itu bagus atau tidak.

 

Setiap yang mendengar, mempunyai pandangan yang berbeza. Lain orang, lain cara mereka menilai dan mendengar. Kali ini, kami nak kongsikan, apa ciri-ciri lagu yang bagus, ikut pandang kaca mata kami.

 

#1 Lirik

lirik yang bagus

Antara ciri-ciri yang kami lihat jika nak menilai sesebuah lagu itu bagus atau tidak, lihat pada liriknya. Bagaimana si penulis Menyusun setiap perkataan dan pemilihan perkataan yang sesuai untuk digunakan sebagai lirik.

 

Selain itu, Mesej yang nak disampaikan. Bagi pendapat kami, lirik yang bagus adalah lirik yang menyampaikan mesej-mesej positif, tidak ada unsur-unsur provokasi atau penghinaan. Lirik yang bagus juga memberikan buah fikiran, menyelesaikan masalah, membawa isu-isu rakyat atau masyarakat, ekonomi, agama, dan lain lain.

 

#2 Melodi

melodi yang bagus

Selain dari lirik, Melodi adalah ciri yang kedua penting untuk dinilai. Bagaimana komposer mencipta melodi untuk lagu tersebut? Apa perasaan si pendengar apabila mendengar melodi itu? Jika pendengar dapat “rasa”, bagi kami, melodi itu sudah cukup bagus. Melodi sampai kepada telinga pendengar.

 

Sekiranya sesebuah melodi itu, kita yang mendengar tidak memberikan apa-apa reaksi dan “rasa”, ada 2 kemungkinan : lagu itu bukan untuk anda, dan lagu itu memang tak menepati piawaian sebagai sebuah lagu.




#3 Ngam!

lirik melodi ngam

Lirik dan melodi rasa ngam! Hubungan diantara lirik dan melodi saling berkait dan bergantung antara satu sama lain. Seakan bergerak seiring. Tak bercanggah. Ini sememangnya ciri-ciri lagu yang bagus. Nak dapatkan Ngam! ni, memang susah! 😊

 

Ada jenis lagu, melodinya dah cukup bagus, tapi lirik pula rasa canggung. Rasa macam tak kena, dan begitulah sebaliknya.

 

#4 Susunan muzik

Susunan muzi yang cukup rasa dan seimbang. Tidak melebih-lebih. Tidak terkurang. Muzik sesebuah lagu itu, betul-betul memberikan peranan sebagai “penyokong” dan “pengiring” untuk lirik dan melodi.

 

Penggunaan alat muzik yang sesuai dengan lagu juga membantu sesebuah lagu itu untuk dinilai sebagai lagu yang bagus.




#5 Kualiti rakaman & produksi

Kualiti rakaman juga sedikit sebanyak memainkan peranan untuk jadikan sesebuah lagu itu bagus atau tidak. Lagu dah best! Melodi menusuk kalbu! Tapi rakaman tak cukup bagus. Sayangnya…

 

Rakaman ini melibatkan si penyanyi , pemuzik, jururakam, juruadun dan juga mereka yang terlibat dalam sesebuah produksi. Setiap orang yang terlibat mempunyai tugas-tugas hakiki mereka yang perlu mereka lunaskan sebaik mungkin untuk hasilkan lagu yang bukan sahaja bagus, malah berkualiti.

 

Belajar sesuatu?

arrow

LAGU DAH CIPTA. TINGGAL NAK RAKAM JE BELUM LAGI.. ANDA KLIK SINI.. 

Anda ada perkara yang anda nak tanya tentang lagu. tapi tak tahu nak tanya siapa? Daftar dengan kami. Sebarang soalan yang ditanya, kami akan cuba bantu..Klik sini! 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *