Muzik adalah salah satu cabang seni yang tidak asing dalam kalangan Masyarakat kita pada hari ini. Majoriti masyarakat pernah mendengar dan terlibat langsung dengan muzik.
Jika nak dibandingkan dengan cabang seni yang lain seperti melukis, seni kraft tangan atau seni foto dan visual, seni muzik lebih “rapat” dengan masyarakat.
Manusia sentiasa berhubung dengan muzik. Dalam dunia moden sekarang, dimana-mana Sahaja anda akan dengar muzik. Dalam kereta, di pasar beli belah, pasar malam, telefon pintar, di radio, televisyen, dan banyak tempat lagi.
Dalam ramai-ramai yang mendengar muzik ini, ada katergori yang tersendiri. Untuk perkongsian kali ini, kami nak Kongsikan 3 jenis kategori. Cuba semak. Anda kategori yang mana?
Kategori 1 – Pendengar Pasif
Pendengar pasif adalah orang yang mendengar muzik sebagai latar belakang atau sekadar lalu ditelinga tanpa meneliti secra detail sesebuah muzik atau lagu. Mereka dalam kategori ini tidak terlalu fokus pada muzik.
Tujuan mereka mendengar muzik adalah untuk santai. Mereka menggunakan muzik sebagai alat untuk mencipta dan mengubah suasana.
Mereka juga tidak memerhatikan setiap detail sesebuah lagu seperti melodi, ritma, dinamik lagu, susunan lagu, dan sebagainya. Mereka lebih cenderung mementingkan hasil secara keseluruhan sesebuah lagu itu.
Kategori 2 – Pendengar Aktif
Kategori ini adalah pendengar yang mendengar muzik dan lagu dengan perhatian penuh, lebih fokus pada detail sesebuah lagu dan elemen-elemen yang terkandung dalam sesebuah muzik.
Setiap kali mereka mendegar lagu mereka tidak hanya mendengar secara keseluruhan. Tetapi mereka mengambil kira dari setiap aspek seperti melodi, harmoni, ritma, dinamik lagu, apa jenis instrument, dan susunan sesebuah lagu.
Bukan itu sahaja, mereka juga lihat sesebuah lagu dan muzik itu dari sudut pandang kualiti rakaman, produksi, mixing dan mastering.
Kategori ini juga mempunyai pengetahuan muzik yang lebih luas samada dari sudut pengetahuan teori atau pengalaman mendengar pelbagai jenis genre muzik.
Mereka tidak terikat dengan hanya mendengar muzik yang popular dan viral, tetapi cita rasa muzik mereka lebih dari itu. Mereka lebih cenderung untuk “explore” lebih banyak jenis lagu.
Kategori 3 – Pendengar Efektif
Bagi pendengar kategori ini, mereka merasa “connected” dan emosi dengan muzik. Mereka menggunakan muzik sebagai cara untuk mengungkap atau memahami perasaan seseorang.
Bagi mereka, muzik dapat memacu emosi mereka. Sebagai contoh, kalau waktu itu seseorang itu sedang bersedih, mereka akan memilih lagu-lagu yang sesuai dan “kena” dengan emosi mereka waktu itu.
Kalau nak layan perasaan sedih itu, mereka akan dengar lagu-lagu sedih. Kalau nak move on, mereka akan pilih lagu-lagu yang boleh hilangkan rasa kesedihan. 😀
Setiap lagu yang mereka dengar mempunyai makna khusus dalam heidupan mereka. Ianya dalam dihubungkan dengan kenangan, pengalaman atau peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam hidup mereka.
Jadi, antara ketiga-tiga kategori ini, anda termasuk kategori yang mana?
RAKAMKAN PERISTIWA INDAH ANDA DENGAN LAGU – KLIK SINI
Ketahui rahsia bagaimana Komposer dan Penulis Lirik jana pendapatan melalui royalti – Klik Sini