Cara untuk dapat rakaman vokal yang terbaik untuk lagu anda.

Hasil rakaman yang baik sewaktu di studio memerlukan lebih daripada sekadar menekan butang “record”. Ada pelbagai faktor yang menjadikan sesebuah rakaman itu berhasil dengan baik dan lancar.

 

Bagi penyanyi yang selalu rakam vokal di studio, ianya mungkin tidak menjadi masalah yang besar buat mereka. Tetapi, bagi penyanyi yang belum ada pengalaman rakam vokal di studio, sedikit sebanyak boleh memberikan kesan kepada hasil rakaman.

 

Anda yang mungkin tercari-cari cara bagaimana untuk dapatkan rakaman vokal yang baik sewaktu rakaman, boleh cuba tips ini :

1. Faham maksud lagu :

Sebelum anda melangkah masuk ke bilik rakaman, adalah penting untuk anda benar-benar memahami latar belakang emosi dan mesej lagu yang anda ingin nyanyi.

Pemahaman yang mendalam terhadap lagu akan memandu anda setiap penyampaian vokal dan cerita dengan lebih indah dan tulus.

 

2. Fokus kepada emosi dan ekspresi muka :

Setelah anda memahami lebih mendalam maksud lagu yang ingin disampaikan, lebih mudah untuk anda fokus kepada emosi dan ekspresi lagu. Jiwai setiap patah dalam lirik.

Mimik muka sewaktu rakaman sedikit sebanyak membantu anda untuk dapatkan hasil rakaman yang diinginkan.

Sebagai contoh : Rakaman untuk lagu sedih, anda perlu mempamerkan muka sedih sewaktu rakaman. Begitu juga dengna rakaman lagu yang gembira, mimik muka anda perlu senyum dan tampil ceria sewaktu rakaman.

 

3. “Take 5”:

Rakam vokal sebenarnya memerlukan stamina dan tenaga yang cukup. Sewaktu rakaman, anda boleh berehat sebentar jika perlu. Tak perlu nak siap segera. Ambil sedikit masa, sabar. Rehat. Kemudian, sambung balik rakam! 😊

 

4. Ulang rakam :

Sekarang ni zaman digital. Bukan lagi zaman rakaman menggunakan “Tape”. Jika anda rasa tidak berpuashati dengan rakaman, boleh ulang semula rakam. Ulang semula rakam tidak menambahkan kos rakaman anda pun.

Rakam sehingga 3-5 pilihan. Ianya akan memudahkan proses pemilihan oleh pihak studio memilih rakaman mana yang terbaik.

 

5. Rakam secara berperingkat :

Pendekatan rakaman secara berperingkat (part by part) juga boleh memberikan hasil yang lebih konsisten dan kualiti. Tak perlu pun rakam dari awal lagu sehingga habis lagu dengan hanya 1 “take”.

Apabila rakaman diambil secara berperingkat, anda dapat fokus untuk berikan yang terbaik bagi setiap bahagian dalam lagu.

 

6. Komunikasi terbuka :

Jangan malu atau segan untuk berkomunikasi dengan jururakam. Komunikasi terbuka di antara jururakam dan penyanyi dapat membantu dan memberi ruang kepada kedua pihak untuk melontar idea, pendapat dan juga kata sepakat.

 

arrow

“BARU RASA PUAS DAPAT RAKAM LAGU DENGAN HASIL YANG BERBALOI DENGAN HARGA”

KLIK SINI UNTUK PAKEJ RAKAMAN SINGLE LAGU ANDA ! 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *