Anda pengkarya indie? penyanyi indie? pencipta lagu indie? Inilah peluang anda untuk bersinar dan membawa karya anda ke peringkat tahap yang lebih tinggi. Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI 2024) ni apa?

Anugerah Lagu Indie (ALI) adalah pentas penghargaan untuk muzik indie yang bermula pada tahun 2020 untuk meraikan muzik indie. Mereka membuka ruang untuk pemuzik, Pengkarya, mahupun Penyanyi untuk bebas berkarya, membawa suara baru, dan mencabar norma industri muzik.
Muzik indie ialah karya muzik yang dihasilkan, diterbitkan, dan dipasarkan secara bebas oleh artis tanpa sokongan label rakaman besar, menonjolkan kebebasan kreatif dan keaslian karya.
Tahun ini, ALI 2024 telah membuka penyertaan untuk mana-mana pengkarya menghantar karya terbaik untuk dipertandingkan.
Ada 3 Kategori utama yang dipertandingkan :
- Pop
- Hip Hop
- Rock
Anda boleh pilih mana-mana kategori mengikut kesesuaian jenis muzik lagu anda.
Tarikh Penting!
Penyertaan sudah pun dibuka, jadi apa tunggu lagi? Anda ada sehingga 15 Februari 2025 untuk menghantar karya anda. Jangan terlepas tarikh ini ya!
Proses Pemilihan
Macam mana karya anda akan dinilai? Ini caranya :
- Semua lagu akan disaring mengikut kategori oleh barisan juri profesional.
- Nama-nama besar seperti AG COCO, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Luca Sickta, Prof. Madya Dr. Muhammad Sayyid bin Syafiee, Roshan Jamrock, dan Wing Meng SG akan memilih 90 karya terbaik.
- Selepas tu, undian atas talian akan dibuka untuk memilih siapa yang layak ke Top 15. Markah akhir adalah kombinasi 70% penilaian juri dan 30% undian awam.
- Dari Top 15, hanya 5 karya terbaik dari setiap kategori akan mara ke Pentas Akhir.
Pentas Akhir
Acara kemuncak, Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024, akan diadakan pada 27 Julai 2025. Siapa yang bakal membawa pulang gelaran Juara? Adakah ia lagu anda? Haaaa… 🙂
Cara Untuk Sertai
Nak hantar lagu? Senang je! Klik pautan ini untuk mula daftar:
https://www.anugerahlaguindie.com/penyertaan/
Semua maklumat tentang syarat penyertaan ada di laman web tersebut. Jangan lupa baca ya!
Tahun lepas, salah satu lagu hasil air tangan Longan Garage berjaya ke Pentas Akhir. mana tahu, kali ini giliran lagu anda pula? Kan?

