Kesihatan pada peti suara amat penting bagi sesiapa yang menyanyi kerana seandainya perkara ini tidak dititikberatkan, ia akan mengakibatkan masalah yang lebih serius, samada anda perlu berehat sekejap dari menyanyi atau anda tak boleh menyanyi langsung !
Anda mencari studio rakaman untuk Lagu Pertama Anda ? KLIK DISINI !
Teknik pernafasan dan postur badan yang betul – Penyanyi seharusnya bernafas secara semulajadi seperti biasa tetapi mengekalkan postur badan yang lurus agar mudah suara itu untuk dikeluarkan, dan tidak memaksa untuk bernafas.
Membuat aktiviti panaskan vocal sebelum menyanyi – Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk panaskan vokal seperti bubbling atau humming, agar diafragma dan peti suara bersedia untuk mengeluarkan suara yang kita mahukan dan tidak mengakibatkan paksaan dan tekanan kepada peti suara yang mana akan merosakkan suara.
Senaman berkala dan makanan yang sihat – Ini bukan sahaja untuk suara tetapi secara keseluruhan. Kesihatan yang baik akan membantu untuk mengeluarkan suara yang baik. Seandainya sakit, anda akan mengalami keletihan, hidung tersumbat, sakit tekak, dan tidak menggunakan teknik yang betul dalam nyanyian. Ini sekaligus akan mengakibatkan kerosakan kepada suara.
Pastikan leher dan rahang mulut relax ketika menyanyi – Nyanyian secara am menggunakan diafragma di bahagian perut, dan intercostal muscles, dan suara bersama dengan peti suara sahaja untuk menyanyi. Jadi penggunaan otot di bahagian leher, rahang, dan otot muka seharusnya relax. Ini kerana kita tidak mahu sebarang ketegangan kepada penyanyi dan menjadikan sukar untuk menyanyi dengan baik.
Dapatkan DEMO Pertama ANDA dengan harga RM600 Sahaja ! KLIK DI SINI !
Kurangkan berbicara ketika suasana yang bising – Kita selalu menggunakan suara yang lebih ketika dalam kawasan yang bising, dan ini sangat tidak membantu suara anda kerana ia akan menyebabkan ketegangan kepada peti suara dan sebaik-baiknya elakkan berbicara di tempat yang bising.
Elakkan pengambilan ubat seperti anti-histamines, decongestants, anti-depressing – Hal ini kerana ubat-ubatan seperti ini mengakibatkan kekeringan kepada peti suara. Peti suara harus sentiasa dalam keadaan lembab dan basah untuk memudahkan pengeluaran suara.
Semoga perkongsian ini serba sedikit membantu anda !