Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan persembahan di mana-mana tempat sama ada di jalanan, kedai makan, majlis kahwin, majlis korporat, majlis makan malam dan sebagainya.
Persediaan ini sangat penting untuk memastikan perjalanan anda ke tempat majlis berjalan sehingga tamat majlis berjalan dengan lancar.
Kebanyakkan penyanyi dan pemuzik baru (bukan semua) selalu terlepas pandang checklist ini.
Kali ini, kami kongsikan pengalaman kami untuk para pembaca selama kami terlibat dalam dunia persembahan.
#1 Praktis!
Jangan pandang ringan dengan sesi praktis anda. Pastikan anda sudah tahu lagu apa yang anda ingin persembahkan.
#2 Ketahui jarak dari tempat anda ke tempat majlis
“Waze” tempat yang ingin dituju sehari sebelum supaya anda boleh rancang perjalanan anda esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
#3 Datang awal
Datang awal supaya anda boleh membuat persediaan awal untuk sesi Soundcheck.
#4 Anda tahu siapa pegawai yang bertugas yang perlu anda jumpa
Sampai sahaja anda ke tempat majlis, pastikan anda bertemu dengan pegawai yang bertugas untuk sahkan kehadiran anda ke tempat majlis.
#5 Bawa Kad Bisnes
Kad Bisnes adalah medium untuk perkenalkan anda kepada pelanggan, tuan rumah atau pihak penganjur. Sangatlah rugi jika anda ke tempat yang mempunyai ramai bakal pelanggan anda, tetapi anda tidak bawa Kad bisnes.
Pastikan sepanjang ada berada di majlis, ringan-ringankan tangan anda untuk hulurkan Kad Bisnes anda.
#6 Soundcheck sebelum persembahan
Pastikan anda datang awal supaya anda tidak terlepas waktu anda soundcheck. Untuk pastikan kesemua bunyi dan ton Instrumen anda berada dalam keadaan yang baik.
Beri kerjasama kepada SOundman yang bertugas supaya sesi soundcheck anda berjalan dengan lancar.
#7 Berinteraksi bersama SoundMan
Berinteraksi dan ramahlah dengan Soundman yang bertugas. Tiada soundman yang ingin bekerja dengan kita jika kita tunjukkan sikap tinggi diri. Be humble!
#8 Bawa buku lirik/chord/leadsheet
Pastikan kesemua buku lirik, chord, leadsheet dan juga peralatan instrumen anda dibawa.
#9 Sebelum memulakan nyanyian, berikan pembuka kata
Berikan sedikit pembuka kata. Sebagai contoh, memperkenalkan diri anda sebelum anda memulakan lagu pertama anda.
#10 Kenali siapa VIP/Tuan Rumah/Pihak Penganjur
Anda perlu kenal siapa VIP, tuan rumah atau pihak penganjur yang menjemput anda. Ianya untuk memberikan penghargaan kepada mereka kerana menjemput anda untuk membuat persembahan di tempat mereka.
Semoga Berjaya!
KETAHUI CARA BAGAIMANA PENYANYI DAN PEMUZIK JALANAN (BUSKERS) MENJANA PENDAPATAN MEREKA. KLIK SINI!