Jangan Pernah Untuk Rasa Takut Mencuba

Pernah tak anda rasa takut akan sesuatu ? Bukan takut hantu atau tempat tinggi ya. Hehe. Takut untuk melakukan perkara baru yang anda tak pernah terfikir untuk anda lakukan. Pernah tak ?

Contohnya takut untuk nyanyi depan orang ramai sebab malu atau gemuruh. Takut bila kita riliskan lagu kita, tiada orang nak beli lagu kita.

Takut nak capai impian kita. Takut untuk cuba segala-galanya.

Takut.

Saya pernah hadapinya. Tapi saya bukan penyanyi. Sebab suara saya tak sedap. (Lebih baik mengaku awal-awal takut kena kecam. Hehe).

 

Klik DI SINI sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu !

 

Saya dahulu takut untuk mulakan perniagaan yang saya sedang jalankan sekarang. Iaitu Studio rakaman. Pada mulanya memang saya takut. Takut kalau-kalau tiada orang nak datang studio saya. Takut tiada pelanggan yang datang ke studio saya.

Ketakutan sebenarnya berlaku pada perkara yang kita tidak tahu. Kata guru saya, “Fear of the unknown”. Tetapi normal lah untuk rasa takut.

Tetapi bukan tentang studio saya yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang “Keberanian” salah seorang pelanggan saya.

Gambar diatas ni adalah gambar pelanggan saya sebelum ini, Fariz Minarwan nama beliau. Seingat saya beliau ni pelajar jurusan undang-undang di universiti swasta. Beliau mempunyai minat yang sama seperti anda, iaitu menyanyi dan mencipta lagu.

Pada tahun lepas, beliau datang berjumpa saya untuk merakamkan demo lagu beliau. 17 Januari 2018, beliau telah dilamar oleh syarikat rakaman gergasi tanah air, New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sebagai komposer disitu.

 

Klik DI SINI sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu !

 

Semestinya saya berbangga dengan pencapaian yang beliau miliki sekarang. Kita tidak akan tahu esok lusa kita akan berada dimana. Dengan keberanian yang beliau ada, bermula dengan langkah kecil untuk merakam demo di Longan Garage Studio, kini siapa sangka, kini Fariz Minarwan melangkah lebih tinggi untuk capai apa yang beliau impikan.

Saya percaya anda pun mempunyai keberanian seperti Fariz. Anda hanya perlu tolakan kecil pada untuk anda mula bertindak. Jangan tunggu berhari, berminggu, berbulan, bertahun untuk anda capai impian anda. Mulakan sekarang.

Jangan biar ketakutan anda menghalang impian anda.

Kalau rasa takut, ketap bibir. Hadap sahaja.. 😉

 

Klik DI SINI sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu ! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *