Apakah petanda yang anda sememangnya seorang penyanyi ? Pernah tak anda terfikir ?
Dalam hati terdetik nak jadi penyanyi. Namun perasan ragu-ragu dalam diri menyebabkan anda terfikir, “Sesuaikah aku untuk jadi penyanyi?”.
Dibawah ni saya kongsikan 5 petanda yang anda seorang penyanyi.
Klik DI SINI sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu
Minat yang mendalam dalam nyanyian – Anda sangat minat menyanyi. Setiap hari anda akan luangkan sedikit masa untuk menyanyi lagu-lagu yang sedia dalam hafalan anda ataupun lagu-lagu baru. Anda sanggup untuk mengeluarkan duit demi untuk menimba ilmu nyanyian.
Memiliki suara yang bagus – Anda memiliki suara yang bagus. Samada memang bakat anda sejak kecil lagi anda sudah pandai menyanyi, atau anda kerap membuat latihan untuk menambahbaik suara anda.
Anda mempunyai motivasi yang tinggi – Anda tidak cepat mengalah. Anda cepat ntuk bangkit semula selepas jatuh atau gagal. Dalam dunia nyanyian, anda sememangnya perlu menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang kita tidak duga. Dengan semnagat dan motivai anda yang tinggi, anda tidak hiraukan segala halangan dan cabaran yang anda hadapi.
Anda suka cabar diri – Anda suka untuk cuba sesuatu yang baru. Mungkin anda meminati lagu balada. Tetapi anda suka untuk mencabar diri anda untuk menyanyi lagu diluar lingkungan keselesaan anda. Anda mencuba lagu rock umpamanya. Malah, anda seronok untuk mencubanya !
Anda yang sedang membaca ini ! – Penyanyi yang bagus, sentiasa mencari ilmu-ilmu baru. Anda yang sedang membaca ini, adalah orang yang suka akan ilmu. 90% daripada artikal berkenaan ilmu tidak akan dibaca. Tetapi anda tetap baca sehingga habis. Itu petanda anda seorang penyanyi ! =)
Soalan saya,
Antara kelima-lima diatas, ada tak kena dengan diri anda ? Jika jawapan anda ya, anda sememangnya seorang penyanyi. Jangan lengahkan masa lagi.
Kejar impian anda !