Nak rakam demo ? Klik link ini : https://longangarage.com/rakaman-lagu/
Pernah tak kadang bila kita sambil-sambil duduk, berehat sambil tonton televisyen ke, main facebook ke, idea buat lagu mencurah-curah. Pernah tak kita hadapi situasi ini?
Tempat yang paling selalu ilham buat lagu datang bila dalam tandas. Eh saya serius ni ! Ikut pada pengalaman saya, idea datang mencurah-curah bila dalam tandas. Masa tu tengah mandi. Masa tu la melodi buat lagu datang.
Alah. Korang pun sama kan ? Ke tak pernah? Lain orang lain tempat dapat idea kan ? Hehe
Selalunya bila saya dapat idea untuk tulis lagu atau melodi, saya akan cepat-cepat capai telefon dan rakam dahulu guna apps recording audio. Zaman sekarang handphone semua canggih-canggih. Macam-macam apps ada untuk rakam audio.
Saya cepat-cepat rakam supaya saya tak lupa melodi tu. Kebiasaannya, idea yang datang secara tiba-tiba ni, peratusan untuk kita lupa sangat tinggi. Betul kan?
Pernah juga kadang-kadang bila kita sambil-sambil bawa kereta, mulut kita akan humming apa-apa melodi yang keluar dari mulut kita. Masa tu pulak takkan nak rakam sambil bawa kereta. Nahas nanti. Bahaya. Jadi kita pun tangguh lah dulu. Rancangnya, sampai rumah nanti baru nak rakam.
End up. Lupa. Nak rakam pun dah tak ingat, dengan melodi yang kita humming tu sekali lupa.
Jadi sekarang, memang tabiat saya, bila tiba-tiba idea datang sahaja, saya akan terus capai handphone dan rakam.
Bila kita rakam idea kita. Ini memberikan kelebihan kepada kita. Sebagai contoh, bila kita nak mula cipta lagu, kita boleh rujuk balik idea-idea yang kita dah rakam itu. Kita boleh guna balik idea-idea itu dan kembangkan menjadi melodi atau lirik yang lebih baik.
Bukan semua idea-idea yang kita rakam itu menjadi. Kadang-kadang perlukan masa untuk kita hadam. Dalam 100 idea, mungkin 9 ke 10 sahaja idea yag kita guna untuk dikembangkan.
Saya nak kongsi sikit pengalaman saya duduk semeja bersama penulis lirik yang hebat dalam industri.
Nak rakam demo ? Klik link ini : https://longangarage.com/rakaman-lagu/
Saya teringat sewaktu berkesempatan duduk semeja dengan penulis lirik hebat, Tuan Budi Hikayat. Beliau ini merupakan penulis lirik untuk Luncai Emas Sdn Bhd. Senang cerita, beliau ni rakan sekerja dengan Dato M Nasir. Antara lirik yang beliau cipta adalah lagu Awan Nano nyanyian Hafiz Suip.
Nak dapat notifikasi percuma dari kami tentang perkhidmatan atau promosi dari kami? Klik link ini : https://longangarage.com/borang-rakaman-lagu/
Tuan Budi Hikayat pernah kata pada saya,
βNasir ni, dia setiap hari datang studio seawal pagi, setiap hari dia cipta lagu dan melodi baru. Sedap tak sedap belakang kira. Yang penting buat. Dia akan luangkan masa tu untuk betul-betul fokus. Sampai pukul 1 petang, dia akan balik rumah, esok pagi datang balik studio buat balik perkara yang sama..β
Begitu berdisplin.
Kalau kita nak jadi yang hebat, buat seperti mana Dato M Nasir buat.
Apa yang kita boleh belajar, idea yang best, hebat bukan datang bergolek. Kadang-kadang kita perlu juga paksakan diri dan disiplinkan diri supaya kita fokus apa yang kita buat.
Ada masa yang kita perlu luangkan 10-20 minituntuk cipta melodi atau lirik. Jangan tunggu idea datang. π
Buat sikit-sikit. Lama-lama siap juga !
Nak rakam demo ? Klik link ini : https://longangarage.com/rakaman-lagu/