Tiada Modal Untuk Rakam Lagu? Mari Saya Tunjuk Caranya!

Rata-rata bila ditanya, mengimpikan untuk memiliki lagu sendiri. Siapa yang tak nak kan ? Untung kalau lagu kita hit dan dimainkan dicorong-corong radio tempatan. Tetapi ramai juga bila nak rakam lagu, ada segelintirnya masih menangguh impian untuk memiliki lagu. Antara sebabnya adalah “Tiada Modal”. Modal antara punca kekangan untuk merakamkan lagu.

Saya pernah tanya kepada salah seorang rakan saya yang teringin sangat untuk rakam lagu. Bila kita tanya,kenapa tak masuk studio untuk rakam lagu. Jawapannya tiada modal katanya.

Saya tanya lagi, “Berapa yang engkau perlukan untuk rakam lagu?”. “RM2000++…”. Jawab beliau.

“Kenapa tak start rakam demo dulu ke? Lebih murah..”

“ala….demo tak best.. Alang-alang nak rakam, biar rakam single terus, baru berbaloi keluar duit…”.

 

Klik DI SINI Sekiranya anda berminat untuk merakam lagu

Tak best ?

Pelik juga bila saya dengar jawapan dia. Tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Kadang-kadang bila kita nak capai matlamat kita, kita terlupa untuk lihat matlamat yang lebih kecil yang sebenarnya matlamat kecil kita itu membawa kepada matlamat yang lebih besar.

Hakikatnya, ramai yang mempunyai matlamat yang besar. Ingin miliki lagu sendiri, supaya nampak gah dan nampak hebat. Baru la “Retis” ! Supaya bila saudara mara atau kenalan kita lihat, berbunga hati kita digelar artis. Hehe.

Tidak ramai yang sanggup mula dengan langkah kecil. Mula untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit untuk rakam lagu. Mungkin mereka tak nampak, dengan langkah kecil yang kita ambil sekarang, lagi 2-3 tahun kita akan nampak pelaburan kita membuahkan hasil.

Soal modal sebenarnya adalah perkara nombor 2. NAK atau TAK NAK adalah perkara yang utama anda perlu jawab.

Kalau anda mulakan dengan memikirkan soal modal, alamatnya lambat lagi la jawabnya untuk anda membuat keputusan. Silap-silap disebabkan anda hanya memikirkan modal cukup tak cukup, bertahun-tahun dah berlalu. Buang masa nanti.

Mulakan dengan soalan “Bagaimana untuk aku dapatkan modal ?”. Secara tak langsung anda akan mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Anda akan mula mencari jalan untuk kumpul duit. Sedikit demi sedikit. Ia penting untuk kekalkan momentum anda dan fokus anda. Dalam fikiran anda sudah mula untuk befikir untuk mencapai matlamat iaitu cukupkan modal untuk rakam lagu.

Tidak mengapa untuk mula dengan KECIL, yang penting jiwa anda BESAR.

 

Klik DI SINI Sekiranya anda berminat untuk merakam lagu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *