Bagaimana Nak Jadi Penyanyi Yang Bagus?

Ramai yang mengimpikan untuk menjadi penyanyi. Syok kan ? Nampak best je jadi penyanyi. Tapi bukan mudah untuk jadi penyanyi yang bagus. Untuk jadi seorang penyanyi, anda harus memikirkan bagaimana untuk anda betahan lama.

 

Bukan hanya menyanyi beberapa bulan sahaja, kemudian, sudah tukar ke minat yang lain. Itu tiada konsistensi namanya. Itu juga menunjukkan anda kurang berminat untuk jadi penyanyi.

 

Ada dikalangan anda yang menyanyi hanya sekadar suka-suka untuk masa lapang anda. Ada juga yang betul-betul bersungguh untuk jadi penyanyi yang hebat !

 

Apa-apa pun, terpulang pada anda. Tepuk dada tanya selera. Anda pilih yang mana.

 

Menyanyi hanya sekadar suka-suka, atau secara serius.

 

 

Klik link ini sekiranya anda berminat untuk merakamkan laguhttps://longangarage.com/rakaman-lagu/

 

 

Tidak mengapa. Posting kali ni saya hanya nak kongsikan apa yang anda perlu lakukan untuk jadi penyanyi yang hebat. Walaupun anda minat menyanyi hanya suka-suka sekadar hobi sahaja pun takpe. Masih boleh guna tips yang saya nak kongsikan.

 

Menyanyi suka-suka pun boleh jadi hebat jugak kan ? Hehe

 

Baik.

 

Apa yang anda perlu tahu ?

 

Kerap untuk membuat latihan nyanyian – Latihan sangat penting. Kalau tak praktis, macam mana nak jadi hebat ? Macam mana nak memukau orang yang tengok kita nyanyi ? Tetapkan setiap minggu, belajar teknik-teknik baru dalam nyanyian.

 

Perform di khalayak ramai, biar pendengar menilai – Nyanyi depan kamera laptop atau handphone anda dengan nyanyi depan 30 orang. Beza tu. Semua orang boleh nyanyi depan laptop atau handphone. Tapi nyanyi di khalayak ramai ? Belum tentu. Susahkan ? Disinilah anda akan banyak belajar bagaimana nak uruskan gemuruh anda. Hehe. Bukan itu sahaja, melalui membuat persembahan awam juga membantu anda untuk menambahbaik (Public Relation) PR anda.

 

Terima kritikan – Kalau ada orang kata kita nyanyi tak sedap. Apa yang kita nak buat? Nak terus berhenti menyanyi, atau ambil ia sebagai input yang baik untuk anda ? Kalau anda ada mentaliti untuk jadi penyanyi yang hebat, belajar untuk menerima kritikan.

 

Jangan cepat mengalah – Kadang-kadang memang kita akan rasa down. Bila kita hadapi tekanan bila mana kena kritik, atau kita tak berjaya untuk membuat persembahan dengan baik. Jangan risau. Mana-mana penyanyi pun melalui proses ini. Jangan berhenti. Teruskan sahaja. Mana ada penyanyi lahir-lahir terus hebat. Semuanya melalui proses pembelajaran.

 

Klik link ini sekiranya anda berminat untuk merakamkan laguhttps://longangarage.com/rakaman-lagu/

 

Cari guru – Yang ni sangat penting. Tiada guru, bagaimana kita nak tahu cara kita nyanyi tu betul ke salah. Kajian yang saya buat, kebanyakkan penyanyi-penyanyi baru, tidak tahu bagaimana nak tarik nafas dengan betul. Haa.. Nampak.. Dalam nyanyian, tarik nafas pun ada teknik dan caranya. Anda dah tahu belum cara tarik nafas yang betul ? hehe

 

Biasakan diri untuk bergaul dengan ramai penyanyi lain – Ini pun penting. Biasakan diri bergaul dengan ramai penyanyi lain. Banyakkan bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Belajar untuk berkongsi ilmu. Baru lah orang lain pun akan tak segan untuk kongsikan ilmu pada kita.

 

Jangan sombong – Kalau anda sombong, Bye-bye ! Sila tinggalkan industri nyanyian. Kerana industri ini tidak perlukan penyanyi yang sombong. Jangan kata dalam industri nyanyian sahaja, mana-mana bidang pun kalau ada sikit perangai sombong, memang tak ke mana la jawabnya.

 

Tepati masa – Tepati masa? Menunjukkan anda seorang yang berdisplin. Anda pandai menguruskan masa. Ramai orang akan mudah untuk bekerjasama dengan orang yang tepati masa.

 

Bangun pagi – haa.. Bangun pagi. Kalau anda jenis memang liat nak bangun pagi, susahlah. Buatnya pukul 8.00am client call anda nak bagi job perform, tapi anda tak angkat fon sebab masih dibuai mimpi. Macam mana ?

 

Sedikit tips yang saya kongsikan ini, harap memberi manfaat kepada anda.

 

ANDA INGIN MEMILIKI LAGU SINGLE ANDA SENDIRI? KLIK SINI!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *