Foley Artist? Apa tu?

Apa itu Foley ? Foley diberi nama sempena nama Jack Foley, yang mana ia sebagai penambahan kesan bunyi dalam sesebuah filem. Ia dibuat atas dasar untuk meningkatkan kualiti audio sesebuah filem itu.

Saya beri contoh mudah. Anda bayangkan dalam satu scene, ada seorang lelaki berjalan di dalam bilik berseorangan, kemudian lelaki itu membuka pintu bilik itu. Dalam situasi itu, bunyi apa yang anda bayangkan?

Bunyi tapak kaki lelaki berjalan, bunyi tombol pintu dan bunyi pintu dibuka.
Bunyi-bunyian ini lah yang dirakam semula semasa pasca-produksi. Pelaku yang membuat bunyi-bunyian ini dinamakan Foley Artist.

Tak faham jugak ? tengok video ni hehe

Menarikan? Sebab itu jika kita lihat, produksi filem-filem luar mereka mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan sebuah filem. Salah satunya adalah sebab kerja-kerja Foleh inilah. Ia memerlukan ketelitian yang sangat tinggi untuk menghasilkannya.

Saya nak kongsikan sikit antara filem pendek (Shortfilm) yang saya dan team pernah hasilkan. Untuk 2 shortfilm ni, kami jayakan Foley.

SELIMUT JALANAN (DFKL Shorties 2016 Tempat Ke-2)

Untuk selimut jalanan ni, kami juga jayakan ADR, maksudnya, dialog pun kami rakam semula semasa pasca-produksi.

 

KONTRADIKSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *