Tengok Dan Lihat Banyak Kali. Baru Faham Dan Ingat !

Pernah tak bila anda menonton sesuatu movie, drama, telemovie atau filem anda menontonnya berulang kali ?

 

Anda Berkeinginan Memiliki Lagu Anda Sendiri ? Klik DISINI !

 

Sekiranya Ya, kenapa anda menontonya berulang kali?

Anda nak hafal jalan cerita tersebut?
Atau atas dasar semata-mata minat pelakon dalam cerita terebut?
Atau anda menontonnya berulangkali kerana atas tujuan untuk membuat kajian terhadap cerita / produksi / cara pembikinan filem tersebut ?

Sekiranya jawapan anda yang nombor tiga, Anda bersama saya sekarang ! Hehe

Posting kali ini saya nak tekankan cara pembelajaran yang berkesan sekiranya kita nak membuat kajian tentang hasil kerja produksi lain. Mengulang-ulang sesuatu bahan rujukan kita, adalah cara yang berkesan untuk kita belajar.

Bagi saya, bila kita ulang-ulang dengar, atau lihat sesuatu bahan rujukan tersebut. Kita akan lebih cepat tangkap.

 

Dapatkan Rakaman DEMO Pertama Anda Dengan Harga RM600.00 Sahaja ! Klik DISINI !

 

Macam saya, bila saya nak study bagaimana sesebuah produksi membuat pembikinan audio post production dalam filem tersebut, saya akan teliti betul-betul. Saya akan lihat dari segi seni visual dan audio dalam filem itu. Apa kesan-kesan (FX) khas yang mereka guna, apa lagu yang sesuai untuk sesuatu scene, genre yang bagaimana nak sesuaikan sesuatu mood tersebut. Bagaimana mereka buat foley, ADR, dan sebagainya.

Saya akan berulang-ulang dengar dan lihat !

Kadang-kadang, kita sampai satu tahap, agak stuck bila kita tak de idea nak berkarya. Jadi, dengan mendengar dan lihat karya orang lain, kita akan dapat ilham, dan idea, untuk kita start karya kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *