Kerjaya Sebagai Pemuzik Dan Penyanyi Tiada Masa Depan?

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI.Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.

Dalam masyarakat di Malaysia lazimnya, kerjaya sebagai pemuzik atau penyanyi dikatakan tiada masa depan. Ibu-bapa lebih mendorong anak-anak mereka untuk memilih kerjaya seperti doktor, peguam, pegawai bank, guru, pensyarah, jurutera, atau yang seumpamanya. Mereka memilih kerjaya seperti itu atas dasar gaji yang akan diterima lebih banyak dan juga stabil berbanding kerjaya sebagai pemuzik atau penyanyi. Selain itu juga, ibu bapa juga beranggapan kerjaya seperti itu lebih terjamin.

Jadi, bagaimana dengan kerjaya seperti pemuzik atau penyanyi tidak terjamin? Adakah kerjaya sebagai pemuzik dan juga penyanyi gajinya kecil?

Isu yang dibangkitkan adalah sebahagian mentaliti masyarakat Malaysia bila berbicara tentang kerjaya sebagai pemuzik dan penyanyi.

Bagaimana untuk kita merungkai isu ini?

Perkongsian berkenaan isu yang nak dibangkitkan, kami bawakan ulasan dari MK Ridzuan.

Kenali Ridzuan Abdullah. Klik DISINI!

 

Jadi? Apa kata anda? Anda bersetuju dengan beliau? Atau anda bersetuju dengan pandangan sebahagian masyarakat kita?

Pada Admin, apa-apa bidang yang kita ceburi sekali pun, ia bergantung kepada diri sendiri. Kita sendiri yang menentukan perjalanan kerjaya kita. Kita sendiri yang tentukan 3 tahun akan datang kita berada ditahap yang mana. Kita sendiri yang tentukan gaji kita untuk 5 tahun yang akan datang. Bukan orang lain.

Semuanya berbalik kepada ilmu pengurusan. Kalau kita meniaga tepi jalan sekalipun, jika tiada ilmu pengurusan dan kewangan, tetap tidak boleh kekal lama.

Bagaimana pemuzik dan penyanyi berhadapan dengan persepsi masyarakat?

Pandangan Admin, persepsi masyarakat tentang kerjaya kita sebagai pemuzik dan penyanyi adalah betul.

Ya! Itu yang mereka fikirkan tentang kita. Yang itu kita tak dapat nak nafikan. Sebab mereka menilai pada apa yang mereka nampak tentang kelompok pemuzik dan penyanyi.

Tetapi ada pemuzik dan penyanyi yang bertahan lama dan mampu mengekalkan kerjaya mereka. Ada kan? Ini yang mereka tak nampak. Ini yang masyarakat tak nampak.

Jadi berbalik pada soalan…

Bagaimana kita sebagai pemuzik dan juga penyanyi, untuk berhadapan dengan persepsi masyarakat Malaysia?

Tambah cabang Ilmu:

Kita jangan terikat dengan hanya ilmu yang berkaitan muzik sahaja.

Bagaimana tentang ilmu pengurusan kewangan…?(penyata pendapatan tahunan dan aliran wang tunai)

Ilmu-ilmu pengurusan perniagaan…?

Ilmu percukaian untuk pemuzik…? (Apa…anda ingat semua hasil pendapatan anda tak kena cukai ke?)

Ilmu pengurusan dokumen dan SOP…? (Invoice, quotation, payment receipt,dan lain-lain dokumen).

KWSP…? (Berapa ramai pemuzik dan penyanyi yang mempunyai caruman KWSP?)

Kad Medikal…? (Berapa ramai pemuzik dan penyanyi yang mempunyai Kad Medikal?)

Ilmu perundangan…? (Berapa ramai artis, pemuzik, dan penyanyi yang tertindas sebab tak baca kontrak betul-betul?)

Semua yang Admin sebutkan tadi penting atau tak? Berapa ramai dalam kalangan kita ambil berat tentang perkara-perkara diatas.

Kalau anda tidak pernah terdetik untuk ambil berat, bermakna betul lah persepsi masyarakat. Kan?

Kerja sebagai pemuzik tak terjamin…

Kerja sebagai penyanyi tiada masa depan…

Rumusan :

Admin bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh MK Ridzuan. Point yang beliau tekankan adalah sebahagian persepsi masyarakat tentang kita.

Walaubagaimanapun, berbalik pada diri kita sendiri…

Lebih mudah ubah diri kita sendiri dari ubah persepsi masyarakat…

Jadi…

Anda dah bersedia untuk berubah?

Sekiranya anda berminat untuk merakamkan lagu bersama kami, klik DISINI.Jangan tunggu lagi. Tunaikan hasrat anda untuk memilik single pertama anda. Jangan risau! Anda juga boleh membuat temujanji di studio kami. Ianya PERCUMA. Kami akan bantu anda – Whatsapp kami 014-7314047.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *